KUALA LUMPUR - Walaupun operasi tegas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyebabkan banyak premis kedai yang diusahakan warga asing disita, namun tinjauan Sinar Harian juga mendapati masih terdapat segelintir warga asing yang berdegil menjalankan aktiviti penjajaan di siar kaki di Jalan Lebuh Pudu dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.
Buah, sireh dan juga stoking adalah antara barang jualan yang dijaja di depan premis kedai, namun tidak diketahui sama ada mereka ini diupah sebagai pekerja atau memiliki sendiri perniagaan terbabit.
Warga asing itu dipercayai menjalankan kegiatan penjajaan bagi memudahkan mereka melarikan diri sekiranya penguat kuasa DBKL menjalankan operasi.
Buktinya, ketika wartawan Sinar Harian tiba di Jalan Tuanku Abdul Rahman baru-baru ini, terdapat seorang wanita warga Indonesia yang berniaga stoking di siar kaki dengan hanya beralaskan kain segera menutup ‘gerai’ selepas melihat van DBKL kebetulan lalu di kawasan itu.
Di Jalan Lebuh Pudu pula, warga asing didapati dengan selamba menjalankan perniagaan sireh bagi memenuhi permintaan pengunjung warga asing di kawasan itu.
Tinjauan mendapati pada cuti hari minggu berkenaan, terdapat ramai warga asing pelbagai negara ‘berlonggok’ di tepi deretan kedai berkenaan, tidak kurang juga yang membeli sireh berkenaan.
Kegiatan penjualan sireh bukan sahaja dijalankan secara haram tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) namun menjadi penyumbang kepada masalah kebersihan apabila sisa ludah kunyahan sireh dibuang merata-rata.
Klik di sini untuk terus membaca