KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima laporan berhubung sindiket penipuan yang menawarkan visa furada untuk menunaikan haji. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima laporan berhubung sindiket penipuan yang menawarkan visa furada untuk menunaikan haji.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, setakat ini tiada laporan atau aduan daripada orang awam berhubung kes sindiket penipuan yang menawarkan visa berkenaan.

"Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan jangan terpedaya terhadap taktik licik sindiket penipuan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dan tidak berurusan dengan pihak yang menawar untuk menunaikan haji menggunakan visa diurus sendiri.

TH dalam satu kenyataan menegaskan bahawa kerajaan menangguhkan ibadat haji rakyat Malaysia tahun ini melibatkan semua bakal haji termasuk yang bercadang menggunakan visa diuruskan sendiri (visa furada).

Klik di sini untuk terus membaca