SHAH ALAM - Tempoh moratorium perlu dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini selari dengan tindakan kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi negara. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Tempoh moratorium perlu dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini selari dengan tindakan kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi negara.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata, ramai yang mengharapkan ia dilanjutkan memandangkan tempoh yang diberikan dilihat tidak mencukupi untuk rakyat Malaysia yang terkesan menstrukturkan semula kewangan yang terjejas.

"Kita sangat berharap agar tempoh moratorium ini dipanjangkan lagi, sekali gus dapat memberikan kelegaan kepada lebih 14 juta pekerja membabitkan sektor kerajaan, swasta dan bekerja sendiri kerana rata-rata mereka terdiri dalam golongan berpendapatan rendah dan sederhana atau M40.

"Saya tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan pekerja-pekerja jika kerajaan tidak umum pelaksanaan moratorium bagi pinjaman kereta, perumahan dan sebagainya mulai Mac lalu,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Abdul Halim turut meluahkan kebimbangan sekiranya ramai pekerja yang terpaksa meminjam dengan ah long demi meneruskan kelangsungan hidup.

"Bayangkan sebelum negara dilanda Covid-19 atau krisis ekonomi pun ramai yang meminjam wang, jadi kita bimbang jika perkara ini tidak ditangani,” katanya.

Beliau juga berharap agar kerajaan mengeluarkan pekerja asing dengan kerjasama duta negara yang berkenaan agar kekosongan itu dapat diisi oleh pekerja tempatan.

"Dianggarkan lebih 800,000 rakyat tempatan akan kehilangan pekerjaan sehingga hujung tahun ini berikutan banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar,” kata Presiden MTUC itu.

MTUC mempunyai anggota gabungan sebanyak 240 buah kesatuan sekerja daripada pelbagai sektor di seluruh negara.

Klik di sini untuk terus membaca