[LAPORAN KHAS] JOHOR BAHRU - Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk membuka semula sempadan Johor-Singapura dalam waktu terdekat bagi tujuan ekonomi tetapi dengan standard operasi prosedur (SOP) yang baharu dan ketat. Langkah itu bukan... Klik di sini untuk terus membaca

[LAPORAN KHAS] JOHOR BAHRU - Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk membuka semula sempadan Johor-Singapura dalam waktu terdekat bagi tujuan ekonomi tetapi dengan standard operasi prosedur (SOP) yang baharu dan ketat.

Langkah itu bukan sahaja membolehkan rakyat Malaysia di Singapura kembali bekerja tetapi aktiviti perniagaan di negeri ini juga dapat ‘bernafas’ semula sekali gus memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua negara.

Ketua Pegawai Operasi Angsana JB Mall, Imran Salleh berkata, langkah itu penting kerana banyak kompleks beli-belah dan perniagaan di bandar raya ini bergantung dengan pelanggan dari republik itu.

"Contohnya di Angsana sendiri, walaupun hanya hampir 30 peratus pengunjung adalah rakyat Singapura tetapi kuasa beli mereka sangat tinggi berbanding 70 peratus rakyat tempatan.

"Jadi cadangan supaya sempadan Johor-Singapura dibuka semula dilihat amat relevan ketika ini. Kita boleh lihat ada kompleks beli-belah yang lengang selama beberapa bulan sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika ditemui di Angsana JB Mall di sini.

Beliau berkata, apabila langkah PKP Pemulihan (PKPP) diperkenalkan, ramai peniaga kini boleh menarik nafas lega sedikit tetapi jumlah pengunjung masih belum memberangsangkan.

Sementara itu, seorang peniaga di Angsana JB Mall, Tan Kwee Keng, 41, berharap kerajaan segera membuka sempadan kerana pelanggan tempatan kurang mengunjungi kedai pakaiannya mungkin disebabkan mahu berjimat dan mengutamakan keperluan penting berbanding perkara lain.

"Biasanya mereka mencari pakaian murah dan perlu sahaja. Ini berbeza dengan pelanggan Singapura, namun kami faham dengan situasi mereka dalam keadaan PKPP ini,” katanya.

Bagi Pengurus The Body Shop, Sheila Syamaya, 35, perniagaan barang kosmetik kedainya di Angsana JB Mall jatuh menjunam sejak PKP dilaksanakan termasuk jualan semasa Ramadan dan Syawal lalu yang biasanya sebelum ini amat positif.

Klik di sini untuk terus membaca