Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mendedahkan pada Jumaat lalu bahawa negaranya kini berada dalam serangan siber dari sebuah agensi kerajaan negara asing. Menurutnya, serangan itu menyasarkan kerajaan, perkhidmatan awam dan... Klik di sini untuk terus membaca

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mendedahkan pada Jumaat lalu bahawa negaranya kini berada dalam serangan siber dari sebuah agensi kerajaan negara asing.

Menurutnya, serangan itu menyasarkan kerajaan, perkhidmatan awam dan perniagaan yang kini disyaki akan jatuh dalam genggaman China.

Amaran Australia mengenai risiko spesifik dan peningkatan tempo serangan itu, diperkatakan Morrison pada satu sidang akhbar yang menjelaskan bahawa sejumlah institutsi sensitif telah diserang.

"Aktiviti ini menyasarkan pertubuhan Australia di pelbagai sektor termasuk semua peringkat kerajaan, industri, pertubuhan politik, pendidikan, kesihatan, pembekal perkhidmatan penting dan pihak pengendali infrastruktur kritikal," katanya.

Morrison menyalahkan sebuah agensi kerajaan yang canggih tetapi enggan mendedahkan pelakunya ketika berkata, serangan itu mungkin datang dari sejumlah kecil negara.

China, Iran, Israel, Korea Utara, Rusia, Amerika Syarikat dan sejumlah negara Eropah diketahui telah membangunkan kemampuan peperangan siber yang terkehadapan.

Namun, kecurigaan dengan segera terarah kepada Beijing yang telah terlibat dalam perbalahan dengan Canberra ketika ia kelihatan sebagai 'kos' terhadap Austrlia yang kerap bercakap tentang kepentingan Parti Komunis China.

Terbaru, Australia mencetuskan kemarahan China apabila mendesak satu siasatan dilakukan tentang dari mana asalnya pandemik koronavirus.

Bagaimanapun, Canberra menolak kembali apa yang digambarkannya sebagai kawalan ekonomi China, kempen melindungi pengaruh dan pengunaan syarikat teknologi seperti Huawei sebagai alat pengumpulan maklumat dan pengaruh geopolitik.

China juga telah memberikan amaran kepada para pelajar dan pelancong yang mengunjungi Australia, mengenakan sekatan perdagangan terhadap barangan Australia dan menghukum mati warga Australia kerana kesalahan dadah.

Pada tahun lalu, Parlimen Australia, parti-parti politik dan universiti di negara kanggaru itu telah menjadi sasaran serangan siber dengan China dilihat sebagai pelakunya.

Pihak penyiaran awam iaitu ABC memetik sumber-sumber kanan yang mengesahkan China dipercayai melakukan serangan ketika ini.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, pada Jumaat lalu bahawa China merupakan pejuang kuat keselamatan siber dan sentiasa berazam menentang dan mematahkan semua bentuk serangan siber.

Sebelum ini, Beijing menganggap tuduhan bahawa negaranya melancarkan serangan siber sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan ia sebagai satu percubaan untuk memburukkan-burukkan China.

Pakar-pakar berkata, atribusi selalunya menjadi sukar, melibatkan masa dan jika didedahkan kepada awam akan menyemarakkan lagi ketegangan.

Sehubungan itu, agensi perisikan Australia berkata, serangan siber ketika ini kelihatan diwujudkan untuk melindungi pelakunya dengan menggunakan peralatan siber yang dipanggil 'naskhah tampal' dan boleh didapati pada sumber yang terbuka.

Ia termasuk konsep pembuktian kod eksploitasi yang menjadikan sasaran yang mudah terdedah dalam versi lama Microsoft, Telerik, SharePoint dan produk Citrix termasuk perisian 'web shell' yang dimuat naik dan kekal dalam pengendalian server.

Serangan itu turut menggunakan teknik 'spearfishing' dan menghantar e-mel dengan fail jahat.

Morrison berkata, beliau telah memberitahu ketua pembangkang dan ketua-ketua menteri tentang serangan siber yang jahat itu.

Bagaimanapun, katanya, tiada data peribadi telah dikompromikan dan kebanyakan serangan tersebut tidak berjaya dilakukan.

"Mereka (penyerang) bukan lagi risiko baharu, tetapi mereka adalah risiko yang spesifik," tambahnya.

"Kami menggalakkan pertubuhan-pertubuhan, terutama yang berada dalam perkhidmatan kesihatan, infrastruktur kritikal dan perkhidmatan penting untuk mengambil nasihat pakar-pakar serta melaksanakan pertahanan teknikal," katanya.

Amaran itu dipercayai untuk meningkatkan kecemasan ketika kemudahan kesihatan Australia kini menghadapi krisis berikutan pandemik koronavirus.

Seorang bekas pegawai perisikan Australia Ben Scott berkata, kekaburan kenyataan Morrison mengenai ancaman dan sumber-sumber ia datang adalah sengaja dibuat.

"Pandangan awam dan ancaman untuk melakukannya dilihat sebagai cara memberi amaran seta menghalang satu penentangan," katanya yang kini bertugas di sebuah kumpulan pemikir iaitu Institut Lowy.

"Namun, pandangan pada peringkat awal boleh menjadi provokatif," tambahnya dengan menyatakan China hampir pasti mendalangi serangan siber tersebut.

"Agensi-agensi di Australia mungkin berharap kenyataan Perdana Menteri akan menghalang penyerang daripada terus bergerak bagi mendapatkan maklumat yang lebih banyak atau terlibat dalam sebarang sabotaj," katanya.

Australia merupakan sebahagian daripada lima negara yang melakukan perkongsian perisikan bersama dengan Britain, Kanada, New Zealand serta Amerika Syarikat. - AFP

Klik di sini untuk terus membaca