PRAYAGRAJ - Seorang melangsungkan perkahwinan dengan sebuah patung kayu seperti yang diwasiatkan oleh ibu bapanya. Menurut portal berita The New Indian Express, perkahwinan ganjil itu berlaku di Ghapur, India 18 Jun lalu. Portal berita itu... Klik di sini untuk terus membaca

PRAYAGRAJ - Seorang melangsungkan perkahwinan dengan sebuah patung kayu seperti yang diwasiatkan oleh ibu bapanya.

Menurut portal berita The New Indian Express, perkahwinan ganjil itu berlaku di Ghapur, India 18 Jun lalu.

Portal berita itu bagaimanapun melaporkan perkahwinan itu tidaklah pelik.

Namun, persoalan kenapa anak Shiv Mohan itu mendirikan perkahwinan dengan patung tersebut adalah sesuatu yang ganjil.

"Saya mempunyai sembilan orang anak lelaki dengan lapan orang sudah mendirikan rumah tangga. Anak lelaki yang kesembilan tidak mempunyai harta dan tidak bijak.

"Justeru, saya mencadangkan supaya dia berkahwin dengan sebuah patung," ujar Mohan, 90, ketika bercakap dengan ANI.

Sebahagian kecil saudara mara lelaki itu hadir pada majlis perkahwinan tersebut.

Menurut portal berita NDTV pada 18 Jun lalu, beberapa laporan menyatakan Mohan menegaskan bahawa semua anak lelakinya perlu berkahwin sebelum dia meninggal dunia.

Patung kayu perempuan itu dihiasi dengan pakaian sutera merah dan dibawa mengelilingi api sebanyak tujuh kali.

Seorang sami juga hadir bagi melangsungkan perkahwinan itu. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca