SHAH ALAM - Individu yang berisiko untuk menjadi mangsa culik dinasihatkan supaya tidak melakukan rutin yang sama pada setiap hari dan mempelbagaikan laluan untuk ke mana-mana destinasi sama ada pulang ke rumah atau pejabat. Penganalisis... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Individu yang berisiko untuk menjadi mangsa culik dinasihatkan supaya tidak melakukan rutin yang sama pada setiap hari dan mempelbagaikan laluan untuk ke mana-mana destinasi sama ada pulang ke rumah atau pejabat.

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, terdapat dua jenis mangsa culik iaitu mangsa keadaan yang berada di satu tempat dan masa yang salah atau mangsa sasaran penjenayah.

"Selalunya mangsa yang jadi sasaran penjenayah berpunca daripada kes balas dendam, hapuskan persaingan dalam perniagaan, cemburu, berhutang atau kes culik untuk mendapatkan wang tebusan.

"Penculik akan memerhatikan pergerakan mangsa dan menunggu waktu yang sesuai untuk melaksanakan niat jahat mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Semalam, pihak polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh berhubung kes penculikan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditemui mati di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya, Rawang, Selangor.

Kesemua suspek termasuk dalang utama berusia antara 30-an hingga 50-an itu ditahan menerusi siri serbuan di sekitar Selangor sejak jam 11 pagi semalam.

Hasil siasatan ke atas salah seorang suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya pada jam 9 pagi.

Lokasi mayat ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dijumpai semalam.

Mangsa yang berusia 55 tahun diculik ketika sedang berjoging di sebuah Taman Permainan Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10 Jun lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

Kehilangan pemaju hartanah itu diketahui keluarganya pada waktu tengah hari tarikh yang sama selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali meminta wang tebusan sebanyak RM154 juta.

Sementara itu, Kamal Affandi berkata, pada kebiasaannya selepas kejadian culik berlaku, mangsa akan berada dalam keadaan selamat selagi tidak dipindahkan dari tempat persembunyian.

"Jika mangsa dipindahkan, maka besar kemungkinan nyawanya dalam keadaan bahaya kerana penculik merasakan mangsa akan menjadi beban mereka,” katanya.Jelasnya, jika berlaku penculikan, cara terbaik yang perlu dilakukan pihak keluarga ialah menghubungi pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Seri diculik ditemukan mati dalam belukar

Katanya, antara kaedah lain untuk menyelamatkan diri daripada diculik adalah dengan memasang cip penghantar isyarat bagi membolehkan individu berisiko dikesan."Kebiasaannya cip itu dipasang untuk haiwan peliharaan tetapi kaedahnya mungkin dapat digunakan kepada manusia,” katanya.

Beliau turut menjelaskan kes-kes penculikan sangat sensitif dan pihak polis tidak akan mendedahkan butiran lengkap mengenai mangsa.

Klik di sini untuk terus membaca