SHAH ALAM - Pengusaha tanaman mangga harumanis yang menggunakan nama harumanis selain di Perlis bakal berdepan tinda-kan mahkamah di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000.
Ketua Pengarah Perbada-nan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, mangga harumanis Perlis (Klon MA 128) telah didaftarkan sebagai Petunjuk Geografi pada 2 Ogos 2011 atas nama Jabatan Pertanian Perlis.
Menurutnya, perkataan harumanis telah dicipta dan diwujudkan oleh komuniti negeri berkenaan dan mangga harumanis Perlis adalah Petunjuk Geografi yang dilindungi di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000.
"Sekiranya ada pihak yang mendakwa buah mangga yang dihasilkan sebagai mangga harumanis Perlis atau mangga harumanis sedangkan buah mangga tersebut dihasilkan di tempat lain seperti di Kedah, Kelantan dan sebagainya, maka tindakan injuksi dan ganti rugi boleh diambil oleh mana-mana pihak di bawah seksyen 5 Akta Petunjuk Geografi jika memberi gambaran yang tidak benar berkaitan produk petunjuk geografi tersebut,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis yang meminta negeri lain selain Perlis tidak menggunakan jenama harumanis untuk mempelam yang diusahakan mereka.
Mengulas lanjut, Mohd Roslan berkata, walaupun harumanis termaktub di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000, namun tidak menjadi kesalahan jika spesis mangga klon MA 128 itu ditanam atau dihasilkan di tempat selain Perlis.
ARTIKEL BERKAITAN: Harumanis subur di Kelantan
Klik di sini untuk terus membaca