[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Segelintir pengguna talian telekomunikasi terpaksa membayar caj tambahan kerana mereka melanggan perkhidmatan yang ditawarkan pengiklan dalam talian secara ‘tanpa sedar’. Perkara itu didedahkan pegawai khidmat... Klik di sini untuk terus membaca

[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Segelintir pengguna talian telekomunikasi terpaksa membayar caj tambahan kerana mereka melanggan perkhidmatan yang ditawarkan pengiklan dalam talian secara ‘tanpa sedar’.

Perkara itu didedahkan pegawai khidmat pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi kepada Sinar Harian susulan aduan kes pengguna dikenakan caj tambahan dipercayai didalangi sindiket malware.

Menurutnya, pengguna terdedah dengan keadaan itu ketika melayari apa-apa sahaja laman web.

"Kalau ketika melayari laman web dan tertekan pada iklan yang terpapar, automatik mereka akan melanggan servis yang ditawarkan dan servis terbabit akan dicaj dalam bil telefon mereka.

"Caj itu akan terus dikenakan dan direkodkan di dalam bil pengguna selagi servis itu tidak ditamatkan,” katanya di sini semalam.

Katanya, servis itu juga termasuk caj perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).

Sehubungan itu, katanya, pengguna perlu berhati-hati ketika melayari laman sesawang kerana tanpa sedar mereka ‘terpaksa’ melanggan perkhidmatan yang tidak dikehendaki seperti langganan games, nada dering dan sebagainya.

"Ada juga dalam sesetengah kes apabila pengguna menekan iklan yang terpapar ia akan ‘memakan’ data internet,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca