[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Sindiket penipuan malware ‘bersembunyi’ dalam perisian atau aplikasi telefon yang kelihatan sah bagi memperdayakan mangsa. Pakar kriminologi, Nadiah Syariani Md Shariff berkata, ia merupakan teknik atau modus... Klik di sini untuk terus membaca

[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Sindiket penipuan malware ‘bersembunyi’ dalam perisian atau aplikasi telefon yang kelihatan sah bagi memperdayakan mangsa.

Pakar kriminologi, Nadiah Syariani Md Shariff berkata, ia merupakan teknik atau modus operandi terbaharu sindiket penipuan scammer di Malaysia.

Beliau berkata, aplikasi tersebut akan menarik maklumat pengguna menerusi mesej pengesahan yang memerlukan pengguna memasukkan kod, nombor akaun dan beberapa maklumat lain untuk tujuan memberi akses kepada maklumat atau pembayaran.

"Apabila akses ini diberi, malware bertindak mengawal penghantaran dan penerimaan mesej untuk tujuan perbankan serta akses kepada segala maklumat akaun peribadi yang diakses melalui telefon pintar.

Shahul Hamid

"Pada peringkat ini, pengguna biasanya tidak sedar segala aktiviti yang terjadi sehinggalah mendapati caj bil telefon mereka tinggi serta pemindahan wang yang tidak disedari,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Seorang lagi pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, sindiket malware muncul berikutan sebahagian besar rakyat Malaysia melanggan dengan pelbagai syarikat telekomunikasi.

"Bagi melakukan jenayah scam cara baharu ini, mereka gunakan syarikat telekomunikasi untuk memperdayakan mangsa. Jadi, syarikat telekomunikasi kena semak semula bagaimana sistem syarikat mereka boleh ditembusi oleh scammer.

"Syarikat telekomunikasi kena pertingkatkan lagi sistem keselamatan mereka dengan mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) cara pengendalian supaya pengguna boleh membuat aduan dan syarikat telekomunikasi boleh mengambil tindakan dengan segera untuk menangani masalah ini,” kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca