NAMPAKNYA kedudukan Tan Sri Perdana Menteri semakin hari semakin kukuh. Apabila UMNO dan Pas mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri selepas PRU15, nampaknya blok terbesar di Parlimen sudah menyebelahinya.
Awang rasa UMNO dan Pas sedar bahawa pada masa ini hanya Tan Sri Perdana Menteri calon yang dapat membawa kemenangan bagi Perikatan Nasional (PN). Dengan keadaan Pakatan Harapan (PH) Plus yang terumbang ambing, peluang PN kekal memerintah nampaknya semakin cerah.
Pada pendapat Awang, kalau nak bawa undi tak percaya pada Tan Sri Perdana Menteri pada masa ini pasti akan gagal.
Nampaknya Tun mantan Perdana Menteri ada agenda tersendiri. Presiden PKR pula, Tuk Seri Anwar ada agenda yang lain. Parti DAP, Amanah dan Warisan macam tersepit di tengah-tengah.
Awang nampak semakin jauhlah peluang Tuk Seri Anwar untuk jadi PM. Tanpa sokongan PH atau PN, Anwar tidak boleh bawa kereta apinya ke hadapan. Dengan sokongan parti PKR sahaja, beliau tidak akan berjaya.
Ada orang kata, baiklah Tuk Seri Anwar main peranan elderly statesman, negarawan veteran dan dihormati macam Ku Li dan Tun Musa Hitam.
Mungkin dah sampai masanya beliau lupakan impian untuk jadi PM. Masa untuk beliau dah berakhir. Era baharu Malaysia dah bermula.
Klik di sini untuk terus membaca