SHAH ALAM - Kenyataan terbaru Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi yang secara terang menzahirkan rasa kurang senang dengan pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menambahkan satu lagi jumlah tentangan daripada pemimpin UMNO.
Puad memberi pandangan rasa khuatir terhadap masa depan UMNO yang didakwa berisiko tergadai dengan cadangan pencalonan jawatan tersebut.
"UMNO tidak boleh dijadikan pajak gadai kerana jawatan Perdana Menteri. Cukuplah UMNO dipajak oleh mereka yang melompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana mengejar jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan peruntukan pembangunan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sebelum ini, empat nama besar UMNO dengan lantang menyuarakan rasa tidak setuju berhubung pendirian UMNO dan Pas itu.
Mereka ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah; Tokoh Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Klik di sini untuk terus membaca