TAMPA - Sebuah keluarga di Tampa, Florida yang bangun pada waktu pagi terkejut apabila mendapati seekor aligator yang sepanjang 2.74 meter tidak mempunyai dua kaki tetapi berada di depan pintu rumah baru-baru ini.
Menurut satu kenyataan yang dihantar oleh kumpulan Croc Encounters di Facebook, pihak perlindungan hidupan liar menerima satu panggilan dari seorang penduduk di sebuah rumah yang tidak dapat mengusir haiwan tersebut.
Portal berita Tampa Bay Times pada 4 Julai lalu melaporkan bahawa, penduduk kemudian memberi amaran kepada orang ramai tentang haiwan tersebut.
Penduduk tersebut membuat poster dengan menulis perkataan dengan menyatakan: "Hentikan Penghantaran! Tolong Tinggalkan Bungkusan di sini. Aligator berada di hadapan pintu!!!
Pengarah Croc Encounters, Karina Paner dan suaminya, John Paner menangkap haiwan tersebut dengan duduk di atas badan reptilia itu dan memindahkannya ke dalam sebuah trak.
Paner menganggarkan berat haiwan itu ialah 68 kilogram (kg) hingga 90.71kg.
Menurut Croc Encounters, aligator itu dipercayai hilang dua kaki kerana bergaduh dengan aligator lain.
"Kami menerima satu panggilan kecemasan pada waktu pagi berhubung aligator itu," kata Paner.
"Penduduk memberitahu mereka menemui aligatior itu pada waktu pagi dan walaupun berusaha untuk mengusirnya, ia enggan pergi," kata Paner.
Aligator itu kini berada di sebuah pusat perlindungan haiwan.
"Dia kini hidup dengan baik," kata Paner dalam satu temu bual pada Jumaat lalu. - Agensi
Klik di sini untuk terus membaca