PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang tergelincir daripada landasan ketika memegang kuasa.
Kata Anwar, bila diuji pada masa senang, ramai yang gagal. Anwar menasihatkan pemimpin yang tergelincir supaya keluar meninggalkan parti, tetapi Merak Jalanan nasihatkan pemimpin seumpama itu supaya bersaralah daripada politik dan ceburi bidang lain.
Pemimpin yang mudah tergelincir daripada matlamat perjuangan tidak wajar disokong.
Bahkan bukan sahaja dalam kalangan pemimpin PH, tetapi gejala itu juga berlaku kepada pemimpin politik parti lain yang lupa diri apabila sudah mendapat kuasa.
Apabila belum berkuasa segala-galanya nampak cantik, tetapi sesudah diberi jawatan terserlah pekung di dada.
Sebelum jadi wakil rakyat, masa sentiasa ada bersama rakyat tetapi apabila sudah menang pilihan raya, batang hidung pun susah nak nampak.
Jika sebelum mendapat kuasa, rakyat adalah segala-galanya tetapi apabila berkuasa semua janji hilang entah ke mana.
Kepada semua pemimpin bekerjalah dengan seikhlas hati sama ada masih berkuasa atau tidak kerana setiap kebaikan yang dilakukan pasti ada ganjarannya.
Janganlah buat baik hanya kerana mahukan sesuatu balasan kerana rakyat pada zaman ini sudah pandai menilai setiap tindakan.
Rakyat Malaysia bukan lagi mudah untuk dimanipulasi kerana kini segala maklumat sudah berada di hujung jari mereka.
Bagi pemimpin yang berjiwa rakyat yakni sebelum dan selepas berkuasa masih sama, Merak Jalanan puji sikap tersebut kerana bukan semua pemimpin mampu jadi seperti itu.
Malaysia akan menjadi lebih baik apabila ramai pemimpin yang sanggup mengutamakan agenda rakyat daripada agenda peribadi.
Klik di sini untuk terus membaca