SHAH ALAM - Kadar pengangguran di negara ini kini berada pada tahap 5.3 peratus apabila seramai 826,000 penganggur direkodkan setakat Mei lalu, sekali gus merekodkan kadar tertinggi sejak 27 tahun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, sebelum penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kadar pengangguran negara berada di bawah 4.0 peratus sejak 1993.
"Umumnya, ahli ekonomi mengkategorikan kadar pengangguran di bawah 4.0 peratus adalah pada tahap guna tenaga penuh. Pengangguran yang berlaku adalah bercorak frictional (pengangguran geseran).
"Namun, sejak bulan Mac, kadar pengangguran telah mula meningkat sehingga mencecah 5.3 peratus pada Mei 2020,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Beliau berkata, kadar pengangguran terkini iaitu bagi bulan Jun akan diumumkan pada jam 12 tengah hari esok.
Bagaimanapun, katanya, jumlah pengangguran dijangka menurun susulan kelonggaran PKP dan pembukaan semula ekonomi.
Klik di sini untuk terus membaca