OTTAWA - Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa dinosaur tidak terkecuali daripada mendapat penyakit kanser. Seketul tulang cacat dinosaur Centrosaurus yang ditemui di Alberta, Canada pada tahun 1989 pada mulanya dianggap oleh ahli-ahli... Klik di sini untuk terus membaca

OTTAWA - Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa dinosaur tidak terkecuali daripada mendapat penyakit kanser.

Seketul tulang cacat dinosaur Centrosaurus yang ditemui di Alberta, Canada pada tahun 1989 pada mulanya dianggap oleh ahli-ahli paleontologi sebagai tulang biasa.

Bagaimanapun, satu pemeriksaan dengan menggunakan sebuah mikroskop dan menggunakan satu teknik yang dilakukan ke atas penjagaan kanser dalam kalangan pesakit kanser mendapati ia sebenarnya adalah kanser.

"Penemuan kanser itu sesuatu yang sangat menarik untuk didalami," kata penulis bersama kajian itu, Mark Crowther kepada AFP

"Kami selalu berfikir bahawa dinosaur adalah haiwan mistik dan kuat tetapi (diagnosis menunjukkan) ia menderita penyakit seperti manusia," ujarnya.

Penemuan itu akan disiarkan dalam jurnal The Lancet Oncology untuk keluaran Ogos ini. - AFP

Klik di sini untuk terus membaca