AWANG memang sokong langkah perangi rasuah habis-habisan. Dalam perang ini tak patut pilih bulu. Tak ada pilih kasih. Siapa yang disyaki harus disiasat, tak kira siapa dan apa kedudukannya.
Rakyat tak mahu lihat keadaan apabila seseorang itu berkuasa dia jadi kebal. Bila dah jatuh, semua kes muncul. Hal seperti ini banyak sangat berlaku di negara kita sampai rakyat mula syak ada agenda pihak-pihak tertentu.
Bossku Tuk Seri Najib masa jadi PM semua yang dia buat betul. Tuk Seri Anwar Ibrahim gitu juga. Yang terbaru, Lim Guan Eng, mantan Ketua Menteri Pulau Pinang dan mantan Menteri Kewangan Malaysia.
Apabila PH jatuh dan dia tak ada kuasa, macam-macam kes yang muncul.
Awang bukan nak pertahankan sesiapa. Awang hormati SPRM. Tapi Awang juga tak mahu SPRM dituduh dijadikan alat oleh mana-mana pihak untuk tujuan tertentu.
Cerita projek terowong di Pulau Pinang ini dah lama kita dengar. Awang harap SPRM akan siasat sampai ke akar umbi, termasuk syarikat yang khabarnya janji nak bagi rasuah 10 peratus pada orang yang didakwa.
Awang dengar syarikat ini ada nama-nama besar di belakangnya. Kita nak pastikan syarikat yang beri atau janji akan beri rasuah dihukum sama dengan orang yang minta rasuah. Jangan mereka lepas bebas sedangkan yang dituduh menerima rasuah dihukum.
Klik di sini untuk terus membaca