Merak Jalanan teruja melihat aktiviti kayuhan dalam kalangan selebriti di Malaysia yang kelihatan menyeronokkan. Seperti yang dikongsikan oleh personaliti TV, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, aktiviti berbasikal yang dilakukannya dapat... Klik di sini untuk terus membaca

Merak Jalanan teruja melihat aktiviti kayuhan dalam kalangan selebriti di Malaysia yang kelihatan menyeronokkan.

Seperti yang dikongsikan oleh personaliti TV, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, aktiviti berbasikal yang dilakukannya dapat meningkatkan stamina, membakar kalori dengan cepat dan menjadikan penampilannya lebih cantik apabila diamalkan dengan pemakanan yang sihat.

Malah, menurut Hawa, aktiviti tersebut menjadikan pemikiran lebih positif disebabkan pergaulan dan persekitaran harmoni ketika kayuhan.

Selain Hawa, ramai lagi selebriti yang terlibat seperti Siti Nurhaliza, Tiz Zaqyah, Hanez Suraya, Nabila Razali, Bella Dally, Zizan Razak dan Zamarul Hisham.

Aktiviti yang dilakukan mereka adalah contoh yang baik bagi rakyat marhaen untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat bersama rakan-rakan.

Namun, pemilihan basikal bagi rakyat marhaen perlulah mengikut kemampuan dan ukur baju di badan sendiri.

Bagi yang tidak mampu, janganlah terikut-ikut mahu membeli dan upgrade jentera seperti selebriti di Malaysia.

Ini kerana harga basikal yang digunakan oleh sesetengah selebriti mencecah puluhan ribu ringgit dan ada juga sama nilainya dengan harga sebuah kereta Perodua Myvi.

Ingatan ini Merak Jalanan tujukan kepada yang tidak mampu. Kepada yang mampu terpulanglah nak beli apa pun jenis basikal mengikut keinginan diri masing-masing.

Merak Jalanan bimbang dengan sikap mereka yang mewah berbelanja dalam tempoh moratorium. Nanti mereka menyesal berhabis wang secara berlebihan hanya untuk basikal.

Sebaiknya tingkatkan jumlah simpanan pada masa kini kerana kita belum tahu cabaran mendatang tatkala tempoh moratorium tamat nanti.

Tidak salah untuk berbasikal tetapi biarlah bersederhana dalam berbelanja!

Klik di sini untuk terus membaca