UMUM mengetahui penyakit jantung dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’ tidak mengira latar belakang mangsanya.Seperti semua sedia maklum, jantung adalah organ penting untuk badan kerana fungsinya mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada semua organ dan anggota badan.
Setiap kali kita mendengar perkhabaran ahli keluarga atau sahabat kita terkena serangan jantung, sudah pasti kita berasa susah hati dan segera ingin menziarah. Namun, tanpa kita sedar di sebalik keprihatinan itu, sebenarnya kita membuat ‘kesilapan’ kecil.
Antaranya bertanya soalan yang tidak perlu seperti: "Macam mana boleh kena sakit ni?”Aduhai, cubalah kita buat kajian, siapa yang mahu terkena sakit begini. Keperitan menahan kesakitan bukan kepalang, pesakit jantung mengalami kesukaran bernafas. Ada yang sukar bercakap, sebab itulah agaknya ada segelintir ahli keluarga yang tidak uar-uarkan tentang apa yang berlaku.
Bukan menolak pelawat, tetapi mereka tahu pesakit perlukan ruang untuk keluar dari zon kritikal.
Yang kedua, jika pesakit sudah pulang ke rumah selepas discaj dari hospital, berderu-deru pelawat datang. Alhamdulillah, ramai yang prihatin tetapi elakkanlah daripada berbual terlalu lama dengan pesakit.
Apa yang Merak Jalanan perhatikan, ada tetamu yang duduk berbual terlalu lama sehingga berjam-jam lama sehingga ada sesetengah kes keluarga pesakit perlu menghidang makanan pula. Mungkin tuan rumah segan hendak menyuruh pulang, kerana orang yang sakit itu perlu berehat tapi kena fahamlah.
Bagi Merak Jalanan, tidak perlu berkecil hati, ini bukan isu enggan terima tetamu tetapi keadaan berbeza apabila tuan rumah rumah kini dalam kesakitan. Mungkin nasihat ini bukan sahaja terpakai kepada pesakit jantung sahaja, tetapi sakit yang lain-lain juga.
Jadilah tetamu yang bertimbang rasa ketika melawat orang sakit.
Klik di sini untuk terus membaca