ALABAMA - Menawarkan sejumlah wang untuk menangkap pencuri bukanlah satu tindakan yang tidak percayakan kecekapan pihak berkuasa memberkas penjenayah.
Sebaliknya, ia adalah salah satu cara untuk membantu pihak polis mencekup perompak dengan segera.
Justeru, seorang pemilik perniagaan menunda kenderaan sanggup menawarkan wang sebanyak AS$10,000 (RM41,975) kepada sesiapa yang berjaya menangkap pencuri harta miliknya.
Menurut portal berita Waff pada 12 Ogos lalu, pemilik kedai itu, Jeff Murray yang memiliki perniagaan M&N Wrecker di Russellville berkata, bisnesnya sering menjadi sasaran perompak yang berulang kali melakukan kerja jahat itu.
"Pencuri mengambil wang daripada poket kami yang kami gunakan untuk membayar gaji para pekerja," katanya.
Sebelum ini beberapa peralatan penting untuk kerja-kerja menunda kenderaan yang bernilai ribuan dolar turut didapati hilang tiga minggu lalu.
Murray berkata, ketika mahu menunda sebuah kereta, salah seorang pemandunya memberitahu bahawa sejumlah peralatan penting itu telah hilang. - Agensi
Klik di sini untuk terus membaca