MERAK Jalanan geleng kepala bila terbaca satu beri seorang wanita berusia 60 tahun rumah kerugian RM2.4 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Telekom April lalu. Walaupun kes seperti ini sudah kerap... Klik di sini untuk terus membaca

MERAK Jalanan geleng kepala bila terbaca satu beri seorang wanita berusia 60 tahun rumah kerugian RM2.4 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Telekom April lalu.

Walaupun kes seperti ini sudah kerap dilaporkan dalam media, masih ramai yang terjebak dengan perangkap dan gertakan daripada sindiket Macau Scam, selain mudah diperdaya dengan Love Scam serta pelbagai penipuan lain.

Bertahun-tahun menyimpan wang sebagai persediaan untuk hari tua, akhirnya lebur dengan hanya satu panggilan telefon saja daripada entah siapa-siapa.

Boleh dikatakan hampir setiap hari, ada saja yang menjadi mangsa penipuan dalam talian ini. Mudah sangat rakyat Malaysia kena tipu.

Menurut kenyataan Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia (ABM), terdapat pelbagai jenis ‘scam’ penipuan kewangan yang digunakan oleh ‘scammer’.

Macau Scam merupakan salah satu penipuan kewangan yang melibatkan kerugian jumlah wang yang amat besar.

Jadi, apa yang perlu dilakukan jika anda berdepan situasi seperti di atas? Sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat atau tipu helah pihak-pihak tertentu.

Jangan sesekali panik dan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil, tanpa terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit.

Jangan hubungi semula nombor telefon yang anda terima, sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut.

Paling penting, jangan dedahkan nombor akaun bank, nombor kad ATM atau kad kredit anda kepada orang yang tidak dikenali.

Kesimpulannya, berfikir terlebih dahulu dan jangan mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali. Kalau tak buat apa-apa kesalahan, buat apa kalut dan berasa takut?

Klik di sini untuk terus membaca