JENUH otak kecil Merak Jalanan ini berfikir tentang orang yang jadi mangsa penipuan Macau Scam sampai hilang wang jutaan ringgit. Terkini, seorang suri rumah warga emas kerugian RM2.4 juta selepas diperdaya sindiket itu yang mendakwa mangsa... Klik di sini untuk terus membaca

JENUH otak kecil Merak Jalanan ini berfikir tentang orang yang jadi mangsa penipuan Macau Scam sampai hilang wang jutaan ringgit.

Terkini, seorang suri rumah warga emas kerugian RM2.4 juta selepas diperdaya sindiket itu yang mendakwa mangsa mempunyai tunggakan bil telefon.

Suri rumah berusia 60 tahun itu pada mulanya menerima satu panggilan telefon kononnya daripada syarikat komunikasi mendakwa mangsa mempunyai tunggakan bil pada 7 April lalu.

Katanya, panggilan itu kemudian disambungkan ke ‘Balai Polis Kuantan’ dan mangsa didakwa terbabit dengan kegiatan pemalsuan kad kredit serta pengubahan wang haram.

Oleh kerana takut, mangsa mengikuti arahan suspek supaya memindahkan wang simpanan dalam akaun tetap miliknya serta diarahkan membuka satu akaun baharu di sebuah bank.

Yang paling menghairankan, semua mangsa yang dilaporkan akhbar terpedaya dengan taktik yang serupa dan sanggup menyerahkan kesemua wang mereka.

Ini membuatkan Merak Jalanan terfikir adakah mangsa-mangsa ini sebenarnya memang terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang sehingga mereka sanggup serahkan jutaan ringgit kepada sindiket terbabit.

Jika kita tidak melakukan sebarang kesalahan maka tidak seharusnya kita begitu mudah untuk melakukan hal sedemikian.

Adakah terdapat sebarang kemungkinan bahawa penjenayah tahu wang yang kita dapat itu bukan daripada hasil yang betul sampaikan kita begitu bimbang apabila menerima panggilan telefon dari ‘balai polis’ palsu.

Bak kata pepatah lama, ‘berani kerana benar, takut kerana salah’. Ia memang tepat bagi mengambarkan sesetengah kes yang berlaku.

Bagi sesetengah kes, mungkin mereka benar-benar jadi mangsa penipuan tetapi dalam sesetengah contoh lain, mereka kelihatan agak meragukan Merak Jalanan.

Klik di sini untuk terus membaca