PULAU Mauritius cukup popular dalam kalangan selebriti dunia. Terletak di barat daya Lautan Hindi dan sebelah timur Madagaskar, pesonanya ibarat syurga dunia.
Pada 25 Julai lalu, kapal minyak Jepun, MV Wakashio, merempuh terumbu karang berhampiran pantai Mauritius. Sebanyak 1,000 tan minyak mentah tumpah ke laut. MV Wakashio kemudian patah dua, menyebabkan perairan kepulauan ilusi itu bertukar hitam.
Apa yang menarik perhatian Merak Jalanan bukanlah mengenai ramainya selebriti yang menangis ekoran robeknya keindahan Mauritius. Mereka masih ada Maldives dan Seychelles di Lautan Hindi, tetapi bagaimana gigihnya 1.3 juta penduduk pulau Mauritius cuba menghalang tumpahan minyak menggunakan rambut mereka sendiri.Beberapa video di media sosial menunjukkan warga setempat bergotong-royong menganyam daun dan rambut menjadi jaring yang berfungsi menahan aliran minyak di permukaan laut sebelum menyerapnya.
Manusia telah menggunakan petroleum selama beribu-ribu tahun dalam bidang perubatan dan senjata perang. Selepas Revolusi Perindustrian, minyak semakin berharga sebagai bahan api.
Namun, minyak juga membawa kemudaratan kepada manusia dan alam. Tumpahan di laut menyebabkan kerugian yang sangat besar selain membunuh haiwan, ikan dan tumbuh-tumbuhan. Dua insiden membabitkan platform minyak di Teluk Parsi pada tahun 1983 − sebuah dilanggar kapal tangki dan sebuah lagi diserang helikopter Iraq mengakibatkan 302 juta liter minyak tertumpah dan mengambil masa dua tahun untuk dibersihkan.
Tragedi tumpahan minyak terbesar dalam sejarah berlaku Teluk Mexico pada 2010 apabila pelantar minyak Deepwater Horizon meletup, menyebabkan 780 juta liter minyak tumpah.
Bagi Merak Jalanan, tumpahan minyak adalah satu malapetaka apatah lagi jika berlaku di perairan Malaysia.
Klik di sini untuk terus membaca