PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bertekad menyertai saingan Grand Prix (GP) Styria hujung minggu ini walaupun mengakui masih merasai kesakitan selepas terlibat kemalangan di GP Austria minggu lalu.
Hafizh Syahrin berkata, keadaannya kini semakin baik berbanding sebelum ini namun masih merasakan kesakitan terutamanya di bahagian bawah badannya.
Bagaimanapun menurut Hafizh Syahrin, dia dijadualkan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum perlumbaan berkenaan.
"Selepas terlibat kemalangan minggu lalu, saya mengalami kesakitan di bahagian bawah anggota badan saya. Mujurlah, saya tidak mengalami patah tulang dalam kemalangan itu.
"Apa pun, saya memang ingin berlumba hujung minggu ini dan saya akan lakukan apa yang termampu untuk menjadi cergas pada pemeriksaan perubatan itu nanti kerana saya memang ingin berlumba hujung minggu ini,” katanya yang dipetik dari laman Facebook Aspar Team semalam.
Sementara itu, pelumba berusia 26 tahun itu berterima kasih kepada semua pihak dan peminat yang mengambil berat mengenai dirinya serta menghantar mesej mendoakan beliau cepat sembuh.
Klik di sini untuk terus membaca