Macam rakyat Malaysia yang lain, Awang kesal dengan perbuatan menteri yang tidak jalani kuarantin 14 hari setelah pulang dari luar negara.
Tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab, malah boleh membahayakan orang lain.
Orang lain yang ingkar diburu dan diambil tindakan. Dalam hal itu, peraturan patutnya tak kenal darjat dan kedudukan. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali balik dari Turki dan muncul di Parlimen seminggu selepas itu.
Turki adalah salah sebuah negara yang paling teruk dilanda wabak Covid-19. Dengarnya lebih 250,000 orang telah dijangkiti wabak itu di sana.
Awang rasa pelik oleh sebab alasan yang diberikan ialah beliau didapati negatif apabila disaring di KLIA. Kita jangan lupa super spreader yang pulang dari Sivagangga, Tamil Nadu, India itu pun didapati negatif apabila diuji di KLIA. Tapi kemudiannya dia menjadi punca tersebarnya penyakit itu di tiga buah negeri di utara Semenanjung.
Kesilapan dah dibuat. Patutnya menteri berkenaan mengaku salah dan minta maaf pada rakyat Malaysia.
Jikalau tindakan perlu diambil pada beliau, kenakan tindakan itu. Tak usah nak tunggu keputusan Kementerian Kesihatan dalam hal ini.
Jikalau di negara lain, kesalahan yang lebih kecil pun menteri akan letak jawatan.
Klik di sini untuk terus membaca