[LAPORAN KHAS] KUANTAN - Projek Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) yang menghubungkan Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai di Bentong di sini memberi manfaat kepada rakyat di Pahang dan Kelantan.
Rata-rata pihak menyifatkan pembinaan lebuh raya itu tepat pada masanya, malah mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas setiap kali musim perayaan atau cuti persekolahan.
Presiden Majlis Belia Pahang, Wan Emril Wan Embong berkata, kini pengguna lebuh raya pasti lebih selesa dan tidak perlu berdepan dengan kesesakan seperti sebelum ini.
"Kalau dulu pengguna lebuh raya ke Kelantan bersesak selama sembilan hingga 14 jam di jalan raya, tetapi kali ini masalah itu mungkin tidak akan timbul.
"Keputusan kerajaan membina projek lebuh raya itu langkah terpuji,” katanya kepada Sinar Harian di sini baru-baru ini.
Menurutnya, pembinaan lebuh raya itu juga membuka lebih banyak peluang kepada pembangunan di kawasan terlibat dan membantu memperkasa sosioekonomi rakyat tempatan bagi jangka masa panjang.
Jelasnya, rakyat Pahang dapat meningkatkan punca pendapatan menerusi peluang perniagaan dan pembangunan.
"Kita harapkan kerajaan dapat memberi peluang kepada anak muda untuk pembangunan ekonomi di kawasan tersebut,” katanya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, pengguna lebuh raya yang ingin pulang Kelantan kini tidak akan berdepan kesesakan lalu lintas di Bentong susulan terbinanya Lebuh Raya CSR.
Menurutnya, pembinaan lebuh raya itu memperlihatkan kesungguhan kerajaan Pahang dan kerajaan Pusat bagi memastikan kemudahan untuk kesejahteraan rakyat dapat segera disiapkan dan mengikut masa ditetapkan.
Klik di sini untuk terus membaca