MAHI - Memulangkan semula barangan yang dicuri kepada pemilik asal, memang merupakan perkara yang terpuji walaupun agak pelik. Portal berita Kaumudi Online melaporkan pada 24 Ogos lalu, seorang penolong profesor di Kolej Perubatan Kerajaan... Klik di sini untuk terus membaca

MAHI - Memulangkan semula barangan yang dicuri kepada pemilik asal, memang merupakan perkara yang terpuji walaupun agak pelik.

Portal berita Kaumudi Online melaporkan pada 24 Ogos lalu, seorang penolong profesor di Kolej Perubatan Kerajaan Ayurveda Mahi memperoleh balik kenderaan Mahindra Bolero yang dicuri selama enam bulan.

Sebelum ini, ia dicuri dari rumahnya di Meenangadi, Wayanad.

Perompak yang memecah masuk ke dalam kediaman tersebut telah melarikan sejumlah kunci dan memecahkan sebuah pintu garaj sebelum mencuri kenderaan itu.

Selepas dilarikan selama enam bulan, kenderaan itu didapati telah melalui perjalanan sejauh 4,000 kilometer.

Bagaimanapun, pencuri yang berhati baik itu kemudian memulangkan kembali Mahindra Bolero itu dan meletakannya di Kolej Perubatan Kozhikode selain telah menulis sepucuk surat bagi meminta maaf di atas perbuatannya. - habis

Klik di sini untuk terus membaca