VANCOUVER - Masih terdapat manusia yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri di dunia ini.
Menurut portal berita CTV News pada 19 Ogos lalu, Jabatan Polis New Westminster di British Columbia merakamkan ucapan terima kasih kepada seorang lelaki kerana dia menyerahkan satu dompet mengandungi sejumlah wang tunai ribuan dolar yang dijumpainya.
Menurut polis, wang itu ditemui ketika dia berjalan dekat sebatang jalan raya di New Westminster.
Dia kemudian menyerahkan satu dompet mengandungi wang tunai K$2,290 (RM7,249.16) kepada polis dengan harapan pihak berkuasa itu dapat mengesan pemiliknya.
"Ia mengandungi terlalu banyak wang tunai dan kad, " kata seorang anggota polis Konstabel Greg Keall seperti dilaporkan portal berita CBS News.
Harapan lelaki itu supaya pemilik dompet itu ditemui akhirnya tertunai.
Menurut polis, pihaknya berjaya mengesan pemilik dompet itu yang mendedahkan dia menyedari kehilangannya ketika dalam perjalanan untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam sebuah bank.
"Kita selalu berurusan dengan aspek yang negatif tentang kelakuan manusia,
"Adalah sesuatu yang hebat untuk mendapatkan fail seperti ini sekali gus mengingatkan kita tentang manusia yang mengagumkan," kata Ketua Konstabel, Paul Hyland seperti dilaporkan CBS News.
Klik di sini untuk terus membaca