Sila log masuk terlebih dahulu.

Memberi bunga kepada monyet

05 Oktober 2020 06:55am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

Apakah pengakhiran nasib sekuntum bunga yang diberi kepada seekor monyet? Seseorang yang arif akan gelagat seekor monyet tentu dapat membayangkan apa yang berlaku. Bunga yang asalnya indah dipandang mata mungkin dicarik-carik menjadi puing-puing tanpa nilai, kemudian dicampak ke tanah dek gelagat monyet yang tidak tahu menghargainya. Itulah akibatnya jika sesuatu yang berharga diletakkan pada tempat yang tidak sesuai.

Dalam konteks pengurusan organisasi masa kini, hal sama turut berlaku yang mana pekerja tidak menghargai pengiktirafan, penghormatan dan sanjungan yang diterimanya. Mereka bukan sahaja tidak menghargainya, malah ada ketika ia dipandang sepi. Ia kedengaran pelik, tetapi biasa juga berlaku.

Hal ini berlaku sekiranya organisasi mempunyai kecenderungan memberi penghargaan secara ala kadar kepada pekerja yang telah mencapai prestasi unggul. Teori motivasi jelas menghuraikan bagaimana pekerja yang telah menerima pengiktirafan tidak akan menghargai sebarang penghargaan peringkat yang lebih rendah daripada apa yang pernah diterimanya sebelum ini. Walaupun penghargaan yang diberi tidak ditolak mentah-mentah, ia tidak berupaya menambah baik motivasi penerimanya seperti yang diharapkan.

Pemberian penghargaan secara kerap kepada pekerja tertentu sahaja juga menyebabkan ia tidak dihargai dan menimbulkan rasa iri hati dalam kalangan pekerja lain. Mereka yang tidak mendapat apa-apa penghargaan ini mungkin berasa mereka belum cukup bagus.

Yang terlalu kerap menerima penghargaan pula mungkin ada kalanya berasa bosan kerana asyik diberi penghargaan sama. Jika hal ini berlaku, matlamat sebenar pemberian penghargaan gagal mencetuskan motivasi kepada pihak penerima.

Dalam kes lain, pekerja yang amat berharap diri dihargai berasa bosan kerana dia bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Mereka mungkin hanya akan dihargai apabila pencapaian cemerlang tersebut hampir dilupai, menghampiri usia persaraan atau lebih malang lagi setelah mereka meninggalkan organisasi. Kelewatan organisasi memberi penghargaan boleh menyebabkan pekerja hebat ini patah hati.

Bagi mengelakkan penghargaan oleh organisasi dipandang sinis atau diperkecilkan oleh pekerja yang menerimanya, pengurus perlu memahami fitrah motivasi dalam erti kata sebenarnya. Teori dan penyelidikan menunjukkan bahawa motivasi adalah satu proses dalaman yang mendorong perlakuan atau minat seseorang bagi mencapai sesuatu matlamat.

Proses motivasi bermula apabila seseorang individu mengetahui tentang keperluan yang tidak dipenuhi. Individu yang menyedari tentang kewujudan keperluan yang tidak dipenuhi akan segera menetapkan matlamat dan ia mempengaruhi tindakan yang dibuat.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Kita telah mengetahui bahawa tugas memotivasikan pekerja masa kini bagaikan menarik aur songsang. Ia menjadi sukar kerana cabaran, pengaruh dan perubahan yang berlaku dalam persekitaran ekonomi, sosial, politik dan teknologi. Kajian menunjukkan bahawa wang ringgit bukan lagi alat motivasi yang ampuh. Terdapat faktor instrinsik lain seperti pengurusan bakat dan prestasi, pembangunan kerjaya, persekitaran tempat kerja dan perhubungan sesama pekerja dan pengurus yang lebih didambakan oleh pekerja demi mendorong mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Penyediaan kesemua faktor itu tidak memerlukan organisasi berhabisan ringgit dan sen, namun impak positifnya terhadap motivasi pekerja boleh dinikmati dalam tempoh masa yang panjang oleh organisasi.

* Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul ialah profesor di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Menu Rahmah dan 'sayur omega'
  2. Mari bersahabat dengan hati nurani
  3. Gelombang hijau sukar disekat
  4. Gempa bumi: 'Lari keluar, kemudian naik semula lihat pesakit'
  5. Bukan soal salah guna kuasa