Sila log masuk terlebih dahulu.

Identiti wanita maut dalam kereta terbakar dikenal pasti

08 Julai 2021 01:55pm | Masa membaca: 4 minit
A
A
A
KUALA LUMPUR - Polis mengenal pasti seorang wanita yang ditemukan mati dalam kebakaran sebuah kereta di hadapan pasar mini di Bandar Baru Selayang, Gombak pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, mangsa disahkan sebagai Ismad Gani Mohd Ansari, 43, ditemukan rentung di tempat duduk pemandu selepas pihak bomba menjalankan operasi memadam api ke atas kenderaan itu pada jam 4.32 pagi Khamis.

Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa didapati melecur 15 peratus dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut, manakala kereta mangsa didapati terbakar 40 peratus di bahagian dalam,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Sarjan Rafidah Abd Aziz di talian 0193509963 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 0361262222. - Bernama
Disyorkan artikel berkaitan ini:


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/148934/BERITA/Semasa/Identiti-wanita-maut-dalam-kereta-terbakar-dikenal-pasti

2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Sakit yang tidak nampak sakit
  2. Bantuan senjata di Ukraine diseleweng?
  3. Makin berkurang waktu kerja
  4. ‘Tiada tawaran bulan dan bintang’
  5. Apa salah Shafiq?