Sila log masuk terlebih dahulu.

Harap netizen tak cepat ‘naik angin’

10 Disember 2020 07:55am | Masa membaca: 4 minit
Safawi (tengah) masih belum berpeluang beraksi bersama skuad utama kelab Liga Primeira Portugal.
Safawi (tengah) masih belum berpeluang beraksi bersama skuad utama kelab Liga Primeira Portugal.
A
A
A

SEJAK Safawi Rasid dan Luqman Hakim Shamsudin mengangkat kaki berkelana ke Eropah, terlalu banyak harapan disandarkan kepada kedua-dua bintang bola sepak muda negara itu.

Pada ketika Luqman Hakim terlebih dulu menjejakkan kaki di bumi Belgium untuk menyertai kelab KV Kortrijk, tidak lama kemudian Safawi pula berlepas ke Portugal bagi menggalas misi bersama kelab Portimonense SC.

Namun, harapan para peminat dan penyokong bola sepak Malaysia untuk melihat kelibat Safawi beraksi bersama skuad utama kelab Liga Primeira Portugal masih belum menjadi kenyataan sehingga hari ini.

Akibatnya, laman sosial rasmi Portimonense SC menjadi platform segelintir netizen Malaysia untuk mereka melepaskan geram. Masing-masing mempunyai hujah terhadap apa yang berlaku ke atas Safawi.

Ada yang memberikan kritikan secara membina. Malah, ada juga netizen yang dilihat seakan-akan sengaja mahu mencetuskan provokasi melampau dengan memberikan komen tidak sepatutnya.

Situasi yang berlaku itu jelas sekali tidak menguntungkan mana-mana pihak, apatah lagi kepada Safawi. Sepatutnya Safawi diberi sokongan dan galakan untuk terus ‘berjuang’ mendapatkan minit permainan bersama skuad utama Portimonense SC.

Lebih memburukkan keadaan, ‘peperangan’ yang dicetuskan segelintir netizen itu secara tidak langsung akan memberi impak negatif Malaysia. Tidak mustahil juga komen-komen negatif itu akan menjadi ‘modal sindiran’ pihak tertentu kepada Safawi.

Jadi, sebaik-baiknya peminat dan penyokong bola sepak bersabarlah menunggu detik Safawi beraksi bersama skuad utama Portimonense SC. Jika tuan punya badan Safawi sendiri boleh bersabar, mengapa pula mereka tidak boleh bersabar.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Sebagai peminat mahupun penyokong Malaysia, kita harus realisitik. Standard bola sepak liga di Eropah jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan liga di rantau ini termasuk Liga Malaysia (Liga-M).

Jangan ditambah lagi tekanan di luar padang kerana ketika ini, Safawi sudah tentu mengharapkan sokongan kita semua. Biarlah Safawi tenang memikul tanggungjawabnya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Menu Rahmah dan 'sayur omega'
  2. Mari bersahabat dengan hati nurani
  3. Gelombang hijau sukar disekat
  4. Gempa bumi: 'Lari keluar, kemudian naik semula lihat pesakit'
  5. Bukan soal salah guna kuasa