Sila log masuk terlebih dahulu.

Hubungan cinta benci Tun Mahathir, keluarga Tun Razak

23 Disember 2020 07:25am | Masa membaca: 4 minit
No Image Caption
A
A
A

SALAH satu gambar ikonik yang Merak Jalanan saksikan baru-baru ini ialah foto Tun Dr Mahathir bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak secara peribadi pada upacara penghormatan terakhir Allahyarhamah Tun Rahah di ibu negara.

Dalam gambar itu, Tun Mahathir kelihatan sedih semasa berbual dengan Najib. Malah, Tun Mahathir dilaporkan menitiskan air mata ketika diminta pemberita mengimbau kenangan bersama Tun Rahah, ibu Najib yang juga isteri Perdana Menteri kedua, Tun Razak.

Sejak keluar UMNO pada tahun 2016, Tun Mahathir secara terang-terangan berseteru dengan Najib sehinggalah Tun Mahathir bersama gabungan pembangkang akhirnya berjaya menewaskan parti Najib pada PRU 2018.Tun Mahathir juga sentiasa menyalahkan Najib setiap kali beliau membuka mulut sampaikan ada yang melihat persengketaan mereka berdua lebih bersifat peribadi.

Namun minggu lalu, kedua-duanya sanggup mengetepikan perbezaan politik demi Tun Rahah.

Merak Jalanan percaya kadangkala kesedihan dan kegembiraan dapat menyatukan hati manusia yang berbalah.

Itulah yang mungkin dilalui Tun Mahathir dan Najib. Walaupun bermusuh dalam politik kerana perbezaan pandangan, di luar politik hubungan silturahim dijaga juga.

Setahu Merak Jalanan, Tun Mahathir sebelum ini akrab dengan keluarga Tun Razak. Pada zaman mudanya, Mahathir ialah anak didik Tun Razak.

Apatah lagi Tun Razaklah yang membawa Tun Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 1970-an selepas Tun Mahathir disingkir daripada parti itu kerana menentang Tunku Abdul Rahman.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Merak Jalanan cuma berharap pertemuan mereka tempoh hari adalah satu permulaan kepada hubungan yang lebih baik antara kedua-dua bekas Perdana Menteri itu.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. HFMD makin membimbangkan
  2. Hubungan yang tidak putus
  3. ‘Era baharu’ AS-ASEAN
  4. Ancaman stagflasi mula dirasai
  5. Tingkat kawalan sempadan negara