Sila log masuk terlebih dahulu.

Laut kita, ikan kita

18 Februari 2021 07:40am | Masa membaca: 4 minit
Sebanyak 624 kes nelayan asing dilaporkan dikesan menceroboh perairan negara sejak 2015.
Sebanyak 624 kes nelayan asing dilaporkan dikesan menceroboh perairan negara sejak 2015.
A
A
A

BARU-BARU INI, Sinar Harian melaporkan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah mengesan lima buah bot nelayan asing sedang menangkap ikan di perairan negara ketika pasukan keselamatan negara itu membuat tinjauan dari udara di Terengganu.

Tindakan pantas APMM akhirnya berjaya mengusir kesemua bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam itu.

Kes nelayan asing menceroboh perairan negara bukan lagi isu baharu. Ia telah berlaku sejak sekian lama, namun perkara tersebut dilihat semakin serius beberapa tahun kebelakangan ini.

Sejak 2015, sebanyak 624 kes nelayan asing dilaporkan dikesan menceroboh perairan negara. Mereka itu dikesan datang dari Thailand, Vietnam dan Indonesia. Mereka aktif menjadikan Kelantan, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Johor sebagai sasaran untuk meraih hasil mahsul laut kepunyaan negara.

Kesannya, ia telah menjejaskan sumber pendapatan nelayan tempatan dan merosakkan ekosistem hidupan laut negara selain mengancam sumber makanan penduduk tempatan.

Lebih teruk, pencerobohan nelayan asing itu juga menyebabkan negara kerugian pendapatan hasil laut kira-kira RM6 bilion setahun.

Jika jumlah tersebut dapat diselamatkan, sudah tentu ia boleh membantu seramai 37,000 nelayan tempatan yang bekerja sepenuh masa di negara ini.

Jika diagihkan, mereka memperoleh kira-kira RM162,162 seorang.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Namun, perkara tersebut tidak berlaku kerana nelayan asing berterusan menceroboh negara kita, sekali gus mengganggu pendapatan nelayan kita.

Pihak berkuasa sudah penat menyekat pencerobohan nelayan asing itu, namun mereka masih berani memasuki perairan negara.

Jelas sekali, mereka tiada hormat pada kedaulatan negara dan undang-undang yang digubal.

Justeru, penggubal undang-undang perlu bertindak menggariskan satu mekanisme berkesan termasuk menemui pemimpin negara berkaitan untuk menangani masalah berkenaan.

Kalau tidak, perairan negara akan berterusan menjadi lubuk nelayan asing membuat duit. Cukup-cukuplah hutan dan bandar kita diteroka oleh warga asing yang tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri sendiri.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Persefahaman Muafakat Nasional harus diwujudkan
  2. Minyak masak ditukar dengan rokok
  3. ‘Saya buka pintu pejabat kepada orang ramai’
  4. Zaman Edan
  5. Skandal LCS ancam negara