Sila log masuk terlebih dahulu.

Arab Saudi-Malaysia kembali bertaut

14 Mac 2021 06:55am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

LAWATAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi minggu lalu adalah satu perjalanan diplomatik yang sangat bermakna bagi memulihkan semula hubungan dingin kedua-dua buah negara Islam ini.

Malaysia pernah menikmati hubungan baik dengan Arab Saudi di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengadakan lawa-tan rasmi ke Malaysia pada 2017.

Ketika itu, Malaysia turut menerima pelaburan bernilai RM31 bilion daripada Saudi Arabian Oil Company (Sau-di Aramco) dalam projek Pembangu-nan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.

Malaysia di bawah Barisan Nasional (BN) juga membolehkan negara ini mendapat berpuluh ribu kuota haji tambahan setiap tahun. Hubungan itu menjadi dingin apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara. Malaysia melakukan beberapa keputusan yang dilihat mahu menjauhkan diri dari Arab Saudi.

Sebaik sahaja memegang jawatan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu telah mengumumkan penutupan Pusat Keamanan Raja Salman di Putrajaya. Pengumuman itu dilihat Riyadh sebagai satu perubahan polisi dalam hubungan diplomatik Malaysia dan Arab Saudi.

Mohamad Sabu juga memanggil pulang satu pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di Arab Saudi bagi tujuan siap-siaga untuk evakuasi rakyat Malaysia di Yaman. Kedua-dua tindakan itu dalam beberapa bulan pertama kerajaan PH telah merenggangkan hubungan akrab Malaysia dan Arab Saudi.

Pada Februari 2019, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman membatalkan lawatan baginda ke Malaysia dan Indonesia tetapi meneruskan jadual di Pakistan, India dan China turut mencerminkan ada sesuatu yang dingin. Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz juga dilaporkan tidak gembira dengan tindakan Malaysia menganjurkan KL Summit pada Disember 2019 yang dilihat mahu menyaingi peranan Pertubuhan Negara Islam (OIC).

Pada November 2019, dalam kea-daan hubungan dingin Malaysia-Arab Saudi, Mohamad bin Salman telah mengundang bekas Menteri Pertahanan dan ahli Parlimen pembangkang (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hus-sien bercuti bersama baginda di Al Ula, Arab Saudi. Ia mencetuskan gosip bahawa Hishammuddin telah diminta membantu memulihkan hubungan dua hala kedua-dua buah negara. Namun ia dinafikan ketika itu.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

'Menjual’

Lawatan ke Arab Saudi bukan sahaja penting bagi memulihkan hubu-ngan dua buah negara tetapi juga membolehkan Muhyiddin ‘menjual’ semula Malaysia di arena antarabangsa. Muhyiddin sendiri menyifatkan lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi itu sebagai sangat berjaya terutama kesediaan Arab Saudi memberi tambahan 10,000 kuota jemaah haji.

Malaysia turut menandatangani memorandum persefahaman Inisiatif Perkhidmatan Jalan Makkah. Arab Saudi juga mempertimbangkan penambahan import minyak sawitnya daripada 318,000 tan (RM900 juta) pada tahun lalu kepada 500,000 tan tahun ini.

Hasil lawatan itu bukanlah pencapaian yang terlalu luar biasa.Namun, rumusan Hishammuddin sangat menarik dan tepat: “Pada hakikatnya, Arab Saudi mengundang Perdana Menteri untuk lawatan ini adalah satu kejayaan besar kerana hubungan dua hala kita tidak berada di tahap yang kita inginkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.”

Hubungan baik Hishammuddin yang merupakan Menteri Luar dengan Mohamad bin Salman dilihat sebagai faktor utama pemulihan hubungan tersebut. Ia terpancar jelas ketika Putera Mahkota Arab Saudi itu mengambil keputusan bertentangan dengan protokol dan jadual asal apabila turun sendiri ke lapangan terbang untuk menyambut rombongan Perdana Menteri Malaysia.

Kejayaan lawatan ini menunjukkan Malaysia sedang berusaha memulihkan isu-isu diplomatik negara yang tercemar semasa pentadbiran lalu. Ia seiring dengan komitmen yang dilontarkan oleh Hishammuddin ketika dilantik sebagai Menteri Luar pada Mac 2020.

* Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Penjawat awam raih manfaat sehingga RM2,500
  2. RUU Tanggungjawab Fiskal bakal dibentang isyarat Parlimen tidak bubar minggu depan?
  3. SPR boleh tutup, tangguh sementara proses mengundi jika banjir
  4. Bangladesh bergelap lagi
  5. OPEC dituduh pro-Rusia kerana susahkan AS?