Sila log masuk terlebih dahulu.

Perhimpunan hentam Bersatu

31 Mac 2021 07:00am | Masa membaca: 4 minit
Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu.
Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu.
A
A
A

RAKYAT Malaysia tertanya-tanya mengapakah parti yang ada dalam kerajaan hentam parti yang pimpin kerajaan dan kerajaan yang memerintah? Pelik lagi ajaib sekali. Rakyat tak pernah tengok keadaan semacam ini.

Bayangkan MCA atau MIC gunakan perhimpunan agung mereka untuk hentam UMNO masa BN memerintah.

Dalam PAU kali ini teruk betul kerajaan PN dikecam sedangkan UMNO rakan kongsi Bersatu dalam kerajaan. Kata orang putih, PAU kali ini jadi 'Bersatu and government-bashing'.

Tan Sri Perdana Menteri pun tak kurang jadi sasaran. Orang kuat UMNO di Johor terang-terang kata Tan Sri Perdana Menteri 'lemah' di tempat beliau sendiri, Pagoh.

Beliau juga kata BN/UMNO Johor akan turunkan calon mereka untuk lawan Bersatu di mana sahaja. Wah, bukan main garang orang Johor nampaknya.

Awang percaya rakyat Malaysia boleh nilai sendiri budi bahasa sesetengah pemimpin UMNO dalam PAU kali ini.

Cakap berdegar-degar tak ada faedah dalam politik sekarang. Ada yang begitu angkuh kritik tetamu yang turut hadir secara terang-terang atau secara sindiran.

Kalau Awang jadi Tuk Seri Hadi Awang, Awang keluar semasa tengah ucapan lagi, tak payah tunggu habis.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Memang sedih tengok kecaman sesetengah pemimpin UMNO pada Pas. Sedangkan UMNO kata nak kuatkan Muafakat Nasional. Apakah agaknya pandangan ahli dan penyokong Pas di bawah sana?

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Henti sementara teroka bukit
  2. Mahu hukuman lebih tegas dikenakan
  3. Tidak memadai hanya nafi
  4. Impian tercapai dapat tunai haji tahun ini
  5. UMNO tanpa Najib