Sila log masuk terlebih dahulu.

Menunggu kilauan emas Azizulhasni

02 April 2021 07:40am | Masa membaca: 4 minit
Mohd Azizulhasni Awang
Mohd Azizulhasni Awang
A
A
A

SELASA lalu, muka belakang akhbar Sinar Harian menyiarkan berita tentang Mohd Azizulhasni Awang dan peluangnya dalam acara trek pada Sukan Olimpik 2020 yang akan diadakan di Izu Velodrome, Jepun.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menganggap The Pocket Rocketman itu tetap pelumba nombor satu Malaysia dan berpeluang cerah membawa pulang pingat emas Olimpik pertama ke negara ini.

Penulis tidak mahu berbicara ranking antara Azizulhasni dan Mohd Shah Firdaus Sahrom.

Penulis lebih berminat untuk mengetahui sama ada Azizulhasni boleh atau tidak melepasi angka keramat sekurang-kurangnya mencapai kayuhan maksimum (top speed) lebih 100 kilometer sejam (km/j).

Sebagai seorang yang terlibat secara khusus dalam sukan permotoran dan berbasikal di negara ini, penulis percaya Azizulhasni boleh melepasi angka keramat 105 km/j.

Namun, apakah manusia pada saiz sekecil beliau mampu berkayuh pada kelajuan demikian? Penyelidikan penulis mendapati Awang, gelaran popular beliau di Timur Jauh khususnya di Jepun dan Korea Selatan, mampu mencapai kayuhan maksimum di Izu Velodrome nanti.

Penulis mendapati pada perlumbaan diadakan pada 27 Mac lalu di Velodrom Anna Meares, Mohd Shah Firdaus menyerang lurus dari belakang untuk ‘kilasan pungutan’.

Pada satu ketika, Mohd Shah Firdaus mempamerkan simulasi kekuatan Azizulhasni iaitu satu sudut daya kilasan daripada kaki kirinya di bahagian gelung daya kayuhan kuasa rendah pada sudut anggaran antara 330 darjah dan 340 darjah.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Berdasarkan kajian penulis, Azizulhasni mempunyai rahsia kayuhan tersendiri sehingga mencapai taraf dunia.

Penulis turut mendapati perubahan pemboleh ubah kilasan yang berbeza boleh mempengaruhi keperluan tenaga ketika kayuhan. Pemboleh ubah ini merangkumi faktor perubahan kedudukan badan, perubahan jarak tempat duduk ke pedal, interaksi beban kerja, daya kilas keluaran dan kadar kayuhan.

Perspektif struktur tubuh Azizulhasni, biomekanik dan arah kekuatan pengayuh ketika melakukan kayuhan telah menghasilkan forces cycling loop (FCL) yang lebih baik.

Penulis mendapati perubahan dalam pemboleh ubah ini mengubah sudut sendi, panjang otot dan panjang lengan momen otot, sehingga mempengaruhi hubungan jarak ketegangan dan hubungan antara daya-kelajuan-kuasa dengan kekuatan otot dan sendi.

Ia juga mempengaruhi keberkesanan menghasilkan daya kilas maksimum terutama di kawasan sudut kuasa rendah yang mampu memecut pada kelajuan melebihi 115 km/j. Azizulhasni sebelum ini pernah mencatat kelajuan maksimum lebih 100 km/j.

Dalam hal ini, penulis berazam untuk menyudahkan kajian tentang Azizulhasni dan kisah aci sesondol (camshaft). Secara perlahan, penulis telah mengkaji rahsia kekuatan cadiens beliau menerusi kajian bertajuk Cycling Performance Biomechanics on Track Racing Beyonds Cyclist Physiological Profile.

Kajian penulis melibatkan prestasi kayuhan Azizulhasni daripada perspektif biometrik, struktur badan pelumba, biomekanik dan arah daya kaki ketika melakukan kayuhan menghasilkan FCL serta torque cycling loop (TCL). Inilah antara metodologi penyelidikan penulis.

Setakat ini, penulis boleh mengesahkan bahawa Azizulhasni sememangnya memiliki daya sesondol tersembunyi dalam kayuhannya iaitu seperti aci sesondol enjin sebuah kereta menghasilkan daya tujahan maksimum.

Kesimpulannya penulis berharap kajian tentang rahsia kayuhan Azizulhasni mampu memberi sumbangan positif kepada arkib penyelidikan sukan Malaysia.

Semoga emas Olimpik berkilau di bumi Malaysia nanti.

* Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteran Sukan, Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Pendirian muktamad Pas tidak akan bercanggah syarak
  2. Bimbang KWSP jadi modal Bajet 2023
  3. Nasib nelayan Filipina selepas China rampas terumbu
  4. Diplomasi budaya dan bahasa
  5. Risiko nyawa untuk mengundi?