Sila log masuk terlebih dahulu.

Sidang Parlimen boleh tunggu!

04 April 2021 07:20am | Masa membaca: 4 minit
No Image Caption
A
A
A

RAKYAT mungkin keliru melihat desakan beberapa orang pemimpin kanan parti politik supaya diadakan sidang Parlimen atau lebih tepat sidang Dewan Rakyat ketika negara sedang berada di bawah pemerintahan darurat.

Bagi rakyat, darurat diperlukan untuk membolehkan kerajaan bertindak segera mengawal Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Sejak Oktober 2020, politik negara tidak stabil berhadapan ancaman surat sokongan melantik Perdana Menteri yang lain, usaha menggagalkan Belanjawan 2021 dan ancaman menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Januari 2021, usaha menjatuhkan kerajaan menjadi sama kuat dan sama hebat dengan penularan Covid-19.

Akhirnya, Yang di-Pertuan Agong tiada pilihan kecuali memperkenan Proklamasi Darurat.

Darurat diisytiharkan bagi membolehkan kerajaan melakukan beberapa undang-undang langkah pencegahan dengan segera tanpa menunggu kelulusan Parlimen.

Semua itu akan melalui proses yang rumit dan kompleks di Parlimen yang sedang dipergunakan untuk menjatuhkan lawan politik.

Melalui darurat, ordinan-ordinan hanya perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan dilaksanakan dengan segera.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Kini wujud desakan sidang Parlimen diadakan sehingga Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai.

Seri Paduka Baginda tidak memberi titah agar Parlimen bersidang atau berpendapat Parlimen perlu bersidang seperti yang digembar-gemburkan.

Saranan mengadakan sidang Parlimen adalah satu jalan ke belakang yang akan mewujudkan polemik politik dan merencatkan usaha mengawal Covid-19 kerana Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat dan mengisytiharkan ordinan darurat atas nasihat Jemaah Menteri akan terbatal apabila Majlis Parlimen bersidang.

Tafsiran itu telah disahkan oleh Majlis Privy (Mahkamah Tertinggi ketika itu) dalam kes Teh Cheng Poh lawan Pedakwa Raya Awam memutuskan bahawa setelah Parlimen bersidang semula, Yang di-Pertuan Agong tidak lagi mempunyai kuasa membuat peraturan-peraturan darurat.

Selepas Parlimen bersidang semula, hanya Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang darurat.

Seperti diterangkan di atas, kaedah lama melalui Parlimen tidak lagi boleh berfungsi dengan baik kerana Parlimen sudah menjadi medan politik menjatuhkan pihak lawan.

Bayangkan berapa banyak masa diperlukan untuk meluluskan undang-undang baharu mengawal pandemik sehingga diwartakan.

Berapa lama pula masa diambil untuk meluluskan peruntukan tambahan menentang pandemik ketika ahli Parlimen mengambil kesempatan berbahas dan bergaduh?

Ada juga berpendapat Parlimen perlu bersidang bagi membolehkan kedudukan Perdana Menteri disahkan oleh Dewan Rakyat setelah ada ahli Parlimen UMNO menarik sokongan.

Namun, kedudukan Perdana Menteri dan Kabinet dalam kerajaan darurat adalah keputusan Yang di-Pertuan Agong, bukannya kerana sokongan ahli-ahli Parlimen lagi.

Justeru, adalah tidak relevan sorakan dan cadangan sesetengah pihak meminta diadakan sidang Dewan Rakyat bagi menguji keabsahan kedudukan Perdana Menteri

Sudah tentu keadaan itu bertentangan dengan semangat demokrasi kerana tiada proses semak dan imbang sebenar antara eksekutif dan legistatif.

Namun, kita berada dalam keadaan sukar, terdesak dan di luar norma biasa.

Ia memerlukan pilihan yang sukar bagi memulihkan keadaan seperti ungkapan seorang tokoh perubatan Greek, Hippocrates: “For extreme diseases, extreme methods of cure, as to restriction, are most suitable.

Mungkin buat sementara waktu, ahli politik perlu bersabar dan menunggu sehingga majoriti rakyat divaksin untuk mula menggerakkan semula sepak terajang demokrasi mereka.

*Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Sedia beri laluan kepada orang muda
  2. [INFOGRAFIK] Kenapa skor CPI Malaysia berterusan merosot?
  3. Isham Jalil tidak perlu jadi jurucakap SPRM
  4. Naib Presiden UMNO: Khaled sah pertahan jawatan, Zambry masih pertimbang
  5. Waspada penggodam Rusia, Iran