Sila log masuk terlebih dahulu.

Nilai jualan sektor pembuatan berkembang pantas 15.3 peratus

07 Mei 2021 07:45am | Masa membaca: 4 minit
Peningkatan 15.3 peratus itu merupakan yang tertinggi selepas 44 bulan dipacu oleh produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain sebanyak 34.2 peratus.
Peningkatan 15.3 peratus itu merupakan yang tertinggi selepas 44 bulan dipacu oleh produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain sebanyak 34.2 peratus.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Nilai jualan sektor Pembuatan Malaysia pada bulan Mac 2021 tumbuh sebanyak 15.3 peratus kepada RM126.9 bilion berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Menurutnya, nilai jualan berasaskan bulan ke bulan (MoM) naik 7.2 peratus.

“Peningkatan 15.3 peratus itu merupakan yang tertinggi selepas 44 bulan dipacu oleh produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain sebanyak 34.2 peratus, produk elektrik dan elektronik (17.0 peratus) dan produk makanan, minuman dan tembakau (14.9 peratus),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, jumlah pekerja sektor pembuatan pada Mac 2021 adalah seramai 2,233,545 orang, berkurang 1.1 peratus berbanding 2,257,273 orang pada Mac 2020.

“Kandungan laporan tersebut juga menyatakan jumlah gaji dan upah yang dibayar adalah berjumlah RM7,514.3 juta, meningkat 0.8 peratus atau RM58.3 juta pada Mac 2021 berbanding bulan sama tahun sebelumnya,” katanya.

Pada masa sama, Dr Mohd Uzir berkata, nilai jualan per pekerja meningkat 16.5 peratus kepada RM56,831 berbanding bulan sama pada 2020.

Sementara itu, katanya, purata gaji dan upah setiap pekerja adalah sebanyak RM3,364 pada Mac 2021.

“Pada suku tahun pertama 2021, nilai jualan merekodkan peningkatan 8.5 peratus kepada RM368.2 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Bilangan pekerja pada tempoh tersebut berkurang 1.1 peratus kepada 2,233,545 orang manakala gaji & upah dibayar mencatatkan penurunan 0.6 peratus kepada RM22.6 bilion,” katanya.

Jelasnya, nilai jualan per pekerja pada tempoh rujukan pula meningkat sebanyak 9.7 peratus kepada RM164,865.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Biden terlanjur kata dasar luar Amerika
  2. Pendedahan partisipasi politik belia
  3. Bazir duit dan masa atas jalan
  4. Kura-kura eksotik sampai RM2,000
  5. Padi IS21 tangani ancaman kebuluran