Sila log masuk terlebih dahulu.

AI kini jadi alat ramal bakal juara

04 Jun 2021 07:05am | Masa membaca: 4 minit
Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

LIGA Perdana Inggeris (EPL) telah melabuhkan tirainya. Manchester City sekalipun telah mengucup kejuaraan EPL musim 2020/2021 tetapi gagal melengkapkan kegemilangan apabila tumbang kepada Chelsea pada perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah minggu lalu.

Beberapa hari sebelum itu, Manchester United kecundang kepada Villarreal pada final Liga Eropah menerusi penentuan sepakan penalti yang menyaksikan penjaga gol, David de Gea gagal menyempurnakan tugasan beliau.

Akhbar tabloid di Britain selepas itu mendedahkan betapa artificial intelligent (kecerdasan buatan) telah meramalkan Villarreal dihadiahkan 20 peratus kelebihan apabila Bruno Fernandes ditugaskan sebagai penendang sepakan penalti kedua.

Penulis mendapati United sentiasa menjadi bahan ramalan melibatkan AI.

Terbaharu, AiAbacus yang menggunakan AI untuk mencari padanan sempurna antara pemain dan kelab, berdasarkan gaya permainan serta chemistry dimiliki pemain dengan rakan sepasukan baharu mereka.

Biasanya, pencari bakat dan jurulatih mencari pemain 'sesuai’ secara taktik dan dengan rakan sepasukan masa depan mereka (dilihat pada paksi mendatar).

Dalam hal ini, AI telah digunakan untuk menentukan nasib kapten Tottenham Hotspurs, Harry Kane bersama kelab baharu menjelang musim bola sepak 2021/2022.

Kane ialah antara sekelumit pemain ternama termasuk Erling Haaland, Jadon Sancho, Roman Lukaku dan Kylian Mbappe yang sentiasa berada dalam radar pembelian kelab-kelab besar di seluruh Eropah.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Penulis juga mendapati berdasarkan laporan akbar tabloid terkemuka Britain, Daily Mail, analisis yang dilakukan AiAbacus untuk Sportsmail yang melihat kemungkinan Kane berpindah ke Chelsea dan Paris Saint-Germain serta City dan United berdasarkan siasatan menyeluruh melibatkan jutaan data menggunakan AI.

Paten siasatan dan kajian termasuk melihat kepada persamaan taktikal antara Spurs dan kelab yang memburu Kane serta bagaimana bintang bernilai £150 juta (RM877 juta) itu boleh membentuk formasi kerjasama ampuh bersama rakan sepasukan kelab baharu beliau nanti. AI turut mengkaji perbandingan formasi kerjasama kelab lama dan kelab baharu Kane.

AI turut mengkaji andainya pemenang Kasut Emas musim 2020/2021 itu bergandingan bersama Fernandes, Raphael Varane dan Sancho, Manchester United sangat berpeluang cerah mengakhiri kemarau kejuaraan EPL.

AI telah digunakan secara meluas sejak lebih 10 tahun lalu bagi mengenal pasti calon pemain baharu yang akan dibawa masuk ke kelab-kelab tertentu.

AI juga diaplikasi dalam menentukan statistik yang boleh dipercayai untuk menjual pemain-pemain tertentu.

Contoh terbaik ialah Kane. AI secara rasmi telah memilih United sebagai kelab paling sesuai untuk beliau memulakan karier musim 2021/2022.

Kane sebenarnya amat mengetahui ada lebih lima kelab gergasi Eropah termasuk United, City dan Chelsea sedang memancingnya.

Bukan jadi rahsia betapa The Red Devils bersedia untuk menggandakan gaji Kane pada sekitar £400,000 seminggu (RM1.75 juta).

United dikatakan akan membayar £18 juta (RM105.18 juta) sebagai bayaran masuk untuk mengimbangi kehilangan pendapatan daripada sisa kontraknya di Spurs. Perangkaan itu diperoleh daripada The Transfer Window Podcast.

Selepas meneliti betapa mendalamnya kelab bola sepak di England memanipulasi AI untuk bergerak lebih maju, penulis rasa agak terkilan kerana aplikasi tersebut sangat kurang digunakan di Malaysia.

Rasanya sudah sampai masa kita menggunakan AI sepenuhnya khususnya dalam sektor perindustrian dan pengurusan risiko.

Pengurusan risiko kini menjadi intipati penting dalam menentukan hala tuju sesebuah organisasi.

Kepentingan AI juga telah disebut dengan jelas dan nyata dalam al-Quran khususnya pada surah Ar-Ruum (30:2-5) dan surah Thaahaa (20: 85-99).

Kesimpulannya, AI bukannya sembarangan aplikasi dan digunakan secara meluas di seluruh dunia demi meningkatkan produktiviti dan keuntungan.

Apa salahnya rakyat negara ini gunakan AI pada setiap masa demi kepentingan Malaysia.

* Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteran Sukan, Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Bahasa kebangsaan dan kekuatan politik Melayu
  2. Atasi isu rumah strata di Malaysia
  3. Tidak perlu tutup semua taska
  4. Mengapa Shah tidak ikut U-Wei ?
  5. Sediakah parti dedah siapa penaja duit politik?