Sila log masuk terlebih dahulu.

Rasuah: 439 individu ditangkap dalam tempoh 5 bulan

16 Jun 2021 07:35am | Masa membaca: 4 minit
Kesungguhan SPRM menangani rasuah berjaya membongkar satu demi satu kes jenayah berkenaan di Malaysia.
Kesungguhan SPRM menangani rasuah berjaya membongkar satu demi satu kes jenayah berkenaan di Malaysia.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Biarpun media konsisten menyiarkan tangkapan berkaitan kes rasuah, namun perlakuan jijik tersebut masih dilakukan dalam kalangan mereka yang rendah akhlaknya.

Tiada keinsafan dalam kalangan mereka, seolah-olah perlakuan tersebut tidak ada salahnya.

Namun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tegas memerangi gejala tersebut yang kian berakar umbi dalam masyarakat, sama ada melibatkan golongan bawahan mahupun atasan.

Hasilnya, tangkapan demi tangkapan dilakukan selepas kes demi kes melibatkan salah laku jenayah tersebut dibongkar.

Berdasarkan data SPRM, sebanyak 439 tangkapan dilakukan bermula dari Januari hingga Mei tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, sektor awam mencatatkan jumlah tangkapan terbanyak iaitu 229 atau 52 peratus manakala penjawat awam pula sebanyak 210 atau 48 peratus.

Sektor awam merujuk kepada mereka yang bekerja dalam sektor swasta, orang awam dan lain-lain.

Sementara sektor penjawat awam pula merujuk kepada mereka yang bekerja dengan kerajaan.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Mengikut statistik tangkapan, kategori sokongan mencatatkan tangkapan tertinggi bagi sektor penjawat awam iaitu 151.

Sementara kategori swasta pula mencatatkan tangkapan tertinggi bagi sektor awam iaitu 121 dari Januari hingga Mei.

Pengurusan tertinggi dan lain-lain dari sektor penjawat awam dan awam masing-masing mencatatkan tangkapan paling rendah iaitu lima dan empat.

Dalam pada itu, Mac menyaksikan peningkatan tangkapan bagi kedua-dua sektor yang mana sektor penjawat awam mencatatkan 101 manakala awam pula sebanyak 70.

Peningkatan tersebut dipercayai ada kaitan dengan Ops Sukat yang dijalankan oleh SPRM dengan Kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di beberapa buah negeri seluruh negara.

Bagaimanapun, jumlah tangkapan bagi kedua-dua sektor menurun sehingga 44 peratus pada April dan 87 peratus pada Mei.

Berdasarkan data SPRM, trend tangkapan rasuah masih menunjukkan pola tidak sekata sejak 2017 melibatkan kedua-dua sektor.

Namun, sektor awam menunjukkan jumlah tangkapan yang lebih banyak berbanding penjawat awam dalam tempoh berkenaan, kecuali pada 2019.

Bagaimanapun, trend tangkapan yang ditunjukkan sektor awam juga tidak sekata yang mana jumlahnya meningkat 1 peratus pada 2018 berbanding 2017 kemudian merosot 4 peratus (2019) dan naik semula 3 paratus (2020).

Tahun ini, sektor awam mencatatkan kembali peningkatan tangkapan yang mana jumlahnya juga lebih besar daripada sektor penjawat awam.

Dari segi jurang, kedua-dua sektor berkenaan tidak mencipta peratusan yang besar, sebaliknya jumlah dicatatkan kecil sekitar 6 hingga 8 peratus.

Jika dinilai, perkara tersebut amat membimbangkan kerana ia jelas menunjukkan gejala rasuah telah menjalar ke segenap lapisan masyarakat tanpa mengira siapa pelakunya.

Persepsi yang mendakwa penjawat awam sahaja kuat makan rasuah nampaknya sudah tidak relevan lagi kerana peratusan jelas menunjukkan mereka yang berada dalam sektor swasta juga terjebak sama dengan jenayah tersebut.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terbukti! Minyak masak peket Malaysia berlambak di Thailand
  2. Membesar dengan minyak masak subsidi dari Malaysia
  3. Di bawah jagaan gengster?
  4. Arab Saudi, UAE dengar rintihan rakyat jelata
  5. Mat Kilau dan pemimpin Melayu