Sila log masuk terlebih dahulu.

Mandela dan kedaulatan rakyat

26 Jun 2021 07:15am | Masa membaca: 4 minit
No Image Caption
A
A
A

SETELAH membaca kolum Pengarang Eksekutif Sinar Harian, Azmi Tarmizi dua minggu lalu, penulis terpengaruh lantas terjebak untuk menonton sebuah filem Tamil berjudul Mandela yang disentuh dalam penulisan tersebut.

Sebenarnya jarang penulis menonton filem berbahasa Tamil. Jumlahnya boleh dibilang dengan jari. Tapi demi filem Mandela ini, saya gagahkan juga untuk menontonnya. Ternyata ia sangat berbaloi.

Secara peribadi karya sulung arahan Madonne Ashwin ini antara filem satira politik yang sangat menghiburkan dan memberi impak pernah penulis tonton. Ia lantas mengingatkan penulis kepada beberapa konsep politik yang sering diungkapkan secara retorik tetapi jarang dihayati dan diamalkan, terutamanya oleh pengundi dan rakyat biasa.

Sebagai permulaan, filem ini tidak ada kaitan langsung dengan bekas Presiden Afrika Selatan, mendiang Nelson Mandela. Judulnya itu diambil sempena nama pemeran utamanya, Yogi Babu yang memainkan watak bernama Mandela.

Walaupun berlatar belakangkan wilayah Tamil Nadu di India, namun naratif penceritaannya tentang pentingnya satu undi yang dimiliki oleh rakyat biasa ketika pilihan raya menjadikan ia boleh difahami oleh sesiapa pun. Senario menjelang pilihan raya tempatan yang dikembangkan plotnya secara mudah boleh difahami, apatahlah lagi kalau yang menonton itu pernah mengundi.

Sesiapa pun yang menonton filem Mandela ini nanti sudah tentu boleh mengaitkan mesej yang cuba disampaikan dengan keadaan semasa politik negara.

Secara ringkas, Mandela lakonan Yogi Babu merupakan seorang tukang gunting rambut yang terpinggir dan berkasta rendah tiba-tiba menjadi manusia paling penting di kampungnya.

Hidupnya berubah sekelip mata setelah mereka yang bertanding mengetahui undinya yang satu itu boleh menentukan siapa yang akan memenangi pilihan raya kelak.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Temanya ringkas. Ia mahu mengangkat kuasa undi yang ada pada setiap pengundi. Kalau ia difahami dengan sebaik mungkin, undi mampu dijadikan senjata bermanfaat kepada semua. Dan kerana satu undi itu juga, orang politik sanggup berbuat apa sahaja asalkan undi itu jatuh menyokong mereka.

Nilai satu undi itu jelas menggambarkan tentang kedaulatan rakyat (people’s sovereignty) – satu konsep yang menggambarkan bahawa kuasa tertinggi pemerintahan negara itu sebenarnya berada di tangan rakyat, bukannya pemimpin ataupun kerajaan.

Menerusi undi, rakyat menyerahkan kuasanya serta memberikan keabsahan kepada sesebuah kerajaan untuk memerintah dan melindungi mereka. Apabila kerajaan itu tidak mampu melaksanakan amanah dan hak rakyat, maka rakyat berhak menurun dan menukarnya dengan kerajaan yang lain.

Sebab itu suara rakyat adalah suara keramat. Ia adalah satu-satunya sumber kepada kekuasaan dan pemerintahan. Dan dari sinilah idea itu berkembang dan akhirnya mewujudkan sistem pemerintahan demokrasi yang kita amalkan hari ini.

Semua itu tidak akan wujud tanpa peranan penting rakyat biasa terhadap suatu sistem pemerintahan. Maka yang sepatutnya diutamakan adalah rakyat, bukannya mana-mana parti atau pemimpin.

Sayangnya, realitinya tidak begitu. Kedaulatan rakyat sering diperlecehkan dan tidak pernah ditegakkan dengan bersungguh.

Lebih malang rakyat biasa sendiri yang berbuat begitu. Sepatutnya rakyat menjadi pengimbang kepada pemimpin yang memerintah.

Suara dan kehendak mereka menjadi punca kepada setiap tindakan pemerintah, bukan sebaliknya. Hari ini disebabkan rendahnya pengetahuan dan kefahaman rakyat tentang konsep kedaulatan rakyat (baca: undi) itulah yang menjadikan suara, hak dan peranan rakyat sentiasa diperkecilkan.Belajarlah menjadi seperti Mandela.

Walaupun tidak pandai membaca dan mengerti tentang konsep undi, tetapi kemahuannya untuk belajar disebabkan tekanan persekitaran membolehkannya menggunakan kuasa undi bagi mengubah bukan sahaja keadaan dirinya malah membebaskan seluruh masyarakatnya daripada kesedaran palsu dipupuk oleh orang politik yang sering culas dan pentingkan diri sendiri.

Jangan kerana habuan sedikit, kita sanggup gadaikan kedaulatan sendiri dengan mengundi mereka yang culas dan sesat.

* Mujibu Abd Muis ialah Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. 'Pemimpin dipecat boleh tentukan kesahihan tindakan di mahkamah'
  2. Pecat, gantung pemimpin tidak selesaikan masalah - Syed Hamid
  3. 'Ramai pemimpin bakal ikut saya masuk PKR'
  4. Peniaga kekalkan harga tarik pelancong Malaysia
  5. UMNO perlu dua kitaran PRU untuk pulih