Sila log masuk terlebih dahulu.

Kita akan menang bila...

27 Jun 2021 07:10am | Masa membaca: 4 minit
No Image Caption
A
A
A

MENGURUS krisis atau konflik sukar. Rakyat pula dahagakan ‘kepercayaan’ ke atas kerajaan dan kepimpinan untuk menjadi ‘pelindung’ mereka. Teduhan keselamatan dan sekuriti sosial penting untuk menjamin kelangsungan kesejahteraan dan gaya hidup masing-masing.

Berhadapan dengan pandemik tidak mudah. Soal kesihatan dan ekonomi menjadi tumpuan. Ia boleh memberi jangkaan ke atas soal hubungan sosial dan ikatan nilai kemasyarakatan.

Krisis politik juga membelenggu negara. Waktu yang sama, rakyat juga akan menjadi benteng atau perisai kepada ‘perlindungan’ yang disediakan agar bersama berhadapan dengan ‘krisis nasional’.

Apakah isu sebenar sedang dihadapi negara? Adakah isu nyawa, upah atau kerencaman politik sebenarnya menjadi tunjang kepada kesemua isu lain? Merencanakan Pelan Pemulihan Negara, rangsangan ekonomi dan vaksinasi memerlukan komitmen semua pihak melangkaui fahaman politik, parti politik serta pemimpin.

Krisis legitimasi yang sedang dilalui boleh diatasi jika wujud perpaduan dalam kalangan kepimpinan merentasi personaliti dan kepentingan masing-masing. Keterhakisan kestabilan tatkala suhu politik mendidih mengeruhkan keadaan.

Teduhan yang diberikan pemimpin dan kepimpinan amat getir tatkala kita sedang dalam proses fasa-fasa untuk bergerak keluar kepada ‘kebiasaan’ baharu melangkaui pasca Covid-19. Ia memerlukan penggabungan pemikiran, cetusan idea dan perkongsian yang memanfaatkan rakyat jika ikhlas untuk menangani krisis rakyat.

Naratif yang berkisar kepada polemik politik perlu ditolak. Artikulasi pembinaan semula negara dengan keazaman politik daripada semua pihak tanpa mengira sebarang batasan agar kita sama-sama mampu mengemudi rakyat ke arah pembaharuan jitu relevan. Keseimbangan emosi untuk memastikan psikik Covid-19 tidak mengganggu keinginan untuk kembali ke alam biasa penting. Mereka yang terhimpit kerana desakan pendapatan wajar diberikan perhatian, golongan rentan yang hilang punca pencarian dan kekalutan persana-kan juga mesti dicari formula yang bersesuaian dengan garis keetnikan, agama, kelas, umur, gender serta alam geografinya.

Jika kepimpinan merapatkan barisan dan menampakkan isyarat yang sarat dengan kompromi dan pengorbanan untuk berdampingan dengan isu rakyat serta bukan isu politik kepartian, kita akan menang.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Keazaman politik ini akan memberi suluhan ke atas kematangan dan politik berhemah andai kata mampu dilakukan. Krisis kepimpinan tidak boleh berpanjangan. Ia perlu ada titik noktah. Gencatan politik wajar dihormati. Masing-masing boleh memberikan teduhan kepimpinan ke atas isu yang memerlukan sokongan kolektif. Kekuatan bersama boleh digembleng dan tidak menjadi liabiliti yang mengasingkan semua pihak berkepentingan.

Ia boleh bermula dengan pembukaan Parlimen bagi mezahirkan sokongan bersama ke atas apa yang sedang dan akan dilakukan. Pemimpin boleh menunjukkan mereka adalah aset.

Pengiktirafan sewajarnya akan diperoleh jika tidak menampakkan ketidakbijaksanaan untuk keluar daripada jalur politik. Tarik tali dalam politik mempamer keinginan untuk bergelut dengan kuasa dan kedudukan perlu juga dihentikan.

Mendepani cabaran sewaktu krisis memerlukan pemimpin membina kestabilan, peranan semak dan imbang yang rasional serta daya saing untuk berhadapan dengan polemik ini. Ketentuan kepimpinan signifikan untuk menunjukkan keazaman politik membawa masing-masing menjadi sumber kekuatan mendekati rakyat dan memberikan sokongan sekuriti secukupnya.

Teduhan yang diperlukan adalah perlindungan menyeluruh dan komprehensif dengan keunikan pada strategi dan intervensinya. Pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas perancangan agensi berwajib memerlukan sokongan tidak berbelah bahagi dan penambahbaikan dapat dibuat secara berterusan daripada mana-mana pihak yang berasakan boleh menyumbang tanpa ada nada politiknya.

Semua itu tidak dapat dilakukan jika asakan politik masih tidak ada hentinya. Skil komunikasi yang pelbagai boleh membawa kepada perubahan mendadak jika komited dengan peranan perlu dimainkan. Namun, teduhan kepimpinan memerlukan rasa tanggungjawab semua. Mampukah kita lakukannya?

*Profesor Dr Sivamurugan Pandian ialah pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. 'Tindakan UMNO memalukan'
  2. 'Pemimpin dipecat boleh tentukan kesahihan tindakan di mahkamah'
  3. Pecat, gantung pemimpin tidak selesaikan masalah - Syed Hamid
  4. 'Ramai pemimpin bakal ikut saya masuk PKR'
  5. Peniaga kekalkan harga tarik pelancong Malaysia