Sila log masuk terlebih dahulu.

Antara kilang, kluster dan sporadik

09 Julai 2021 07:25am | Masa membaca: 4 minit
No Image Caption
A
A
A

MUNGKIN ramai antara kita sudah tidak teruja lagi nak tahu jumlah kes positif Covid-19.

Mungkin juga semakin kurang yang nak duduk depan televisyen tonton gandingan duo VIP yang sinonim dengan isu pandemik, garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketakutan terhadap Covid-19 makin terhakis apabila ramai yang tak kisah nak duduk rapat-rapat, pakai facemask tak cukup sifat dan tak nampak hospital-hospital dah semakin tenat!

Apa puncanya ketakutan itu semakin pudar? Mungkinkah rakyat sudah jemu terkurung? Atau semakin menerima virus Covid-19 sama seperti selesema atau demam denggi?

Maklum sajalah, lockdown bersambung-sambung, makin ramai yang sudah divaksinasi, di mana wajarnya angka ribuan itu tak turun-turun? Itu yang dipertikaikan.

April lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan negara berhadapan dengan trend peningkatan mendadak kes baharu dan kes-kes kematian akibat Covid-19 selepas 1 April 2021 yang dikaitkan dengan sporadik.

Jumlah kes semakin melonjak dan pada Minggu Epidemiologi ke-22, sebanyak 559 daripada 641 kes kematian Covid-19 dikaitkan dengan sporadik.

Sporadik bermaksud kes tanpa gejala yang dikesan dalam komuniti, namun tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Sporadik wujud di mana-mana termasuk tempat membeli-belah, tempat kerja dan sebagainya.

Apabila sektor ekonomi dilonggarkan dan kilang-kilang dalam senarai essential dibuka, rakyat mula riuh dan bimbang akan wujud lebih banyak kluster kilang.

Dakwaan

Namun, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan tersebut.

Beliau berkata, data statistik KKM melaporkan hanya sekitar lima hingga 10 peratus kes Covid-19 melibatkan sektor berkenaan.

Rakyat tidak yakin kata-kata menteri dan tetap mempersoalkan kenapa kilang dibuka kerana risau melihat sikap pekerja kilang warga asing yang tidak endah soal SOP.

Penulis tidak prejudis terhadap pekerja kilang waima warga asing. Malah, penulis juga sedar isu sosial, peradaban dan kesihatan tidak berkait dengan warna kulit, kaum, bangsa atau bidang kerja.

Ini bukan rasis tetapi isu kawalan kendiri! Penulis melihat sendiri tingkah laku pekerja kilang warga asing ketika pulang dari Setia City Convention Centre di Shah Alam selepas selesai urusan suntikan vaksin.

Lebih 10 orang pekerja warga asing berjalan kaki keluar dari kilang. Mereka berjalan dan bersembang dekat-dekat, bertepuk tampar, tali facemask hanya disangkut sebelah telinga.

Bayangkan mereka singgah di kedai makan, masuk ke kedai runcit tanpa hand sanitizer, memegang pula macam-macam barang, entah bersin, entah batuk.

Silap hari bulan mereka inilah penyumbang kes sporadik! Kita tak kata rakyat Malaysia suci. Ramai golongan bijak pandai, YB, selebriti dan kluster kayangan yang buat onar langgar SOP.

Tetapi apa yang kita tahu sejumlah besar rakyat Malaysia benar-benar duduk di rumah.

Rakyat juga tahu, jika kilang proses makanan ditutup maka perut mereka juga tidak dapat diisi, tetapi apa jaminan mengatakan kilang bukan penyumbang sedangkan kluster tetap wujud?

Akta yang menetapkan semua pekerja asing perlu jalani ujian saringan Covid-19, dengan majikan menanggung semua kos mesti dipatuhi dan dilakukan secara berkala. Ini perlu! Pada masa sama, kerajaan perlu pastikan sektor yang diberi kebenaran beroperasi disenaraikan sebagai penerima utama vaksin. Ini wajar!

Rakyat sudah tidak mahu lagi keliru dengan pengumuman dan arahan yang bertukar ganti setiap kali PKP baharu diumumkan. Jangan sampai PKP akhirnya jadi mainan dan gurauan.Oleh itu, sama ada pemimpin, tauke kilang, pekerja dan rakyat Malaysia seluruhnya, ini bukan masa untuk kita main-main! Kita tak mahu kluster dan kes sporadik terus menghantui.

* Najwa Mohd Ghazali ialah Ketua Unit Content Commercial

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Terbukti! Minyak masak peket Malaysia berlambak di Thailand
  2. Membesar dengan minyak masak subsidi dari Malaysia
  3. Di bawah jagaan gengster?
  4. Arab Saudi, UAE dengar rintihan rakyat jelata
  5. Mat Kilau dan pemimpin Melayu