Sila log masuk terlebih dahulu.

Kartel Tukar Daging Haram Jadi Halal

Pembongkaran kegiatan menyeludup daging diragui status halal dan keselamatannya telah mencetuskan kemarahan sebahagian besar rakyat di negara ini yang majoritinya beraga Islam.

Kegiatan tersebut jelas menghina masyarakat Muslim di negara ini yang sentiasa mengutamakan konsep halalan toyiban dalam pelbagai aspek kehidupan, terutamanya berkaitan bab makan dan minum.

Disebabkan oleh itu, majoriti rakyat mula ragu dengan makanan yang beredar dalam pasaran, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan produk import dari negara yang tidak meletakkan tuntutan Islam sebagai keutamaan.

Namun, pembongkaran eksklusif Sinar Harian melalui dua wartawannya iaitu Izwan Rozlin dan Muhammad Afham Ramli telah membuka mata majoriti Muslim di negara ini berkaitan status sebenar makanan mereka, sekali gus memberi peringatan agar menjadi lebih selektif untuk mendapatkannya.

Hasil bantuan agensi penguat kuasa dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam yang membongkar aktiviti berkenaan juga telah menggerakkan orang ramai supaya memeriksa terlebih dahulu sumber pengeluaran dan edarannya agar mereka tidak terpedaya dengan taktik jahat golongan bergelar kartel itu.

Dalam serbuan sebuah premis di Taman Perindustrian Senai, Johor pada 1 Disember itu, lebih kurang 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta dirampas. Produk berkenaan dipercayai dibawa masuk daripada abatoir dan loji pemprosesan negara luar yang tidak diiktiraf Malaysia.

Kesemua produk yang dibawa dari Argentina, Brazil, China, Perancis, Italy, Belgium, Sepanyol dan United Kingdom itu dibawa masuk melalui dua pelabuhan yang terdapat di Johor iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pelabuhan Pasir Gudang.

Daging sejuk beku itu kemudiannya diletakkan di sebuah gudang bertempat di Senai bagi menjalani kerja-kerja pembungkusan semula sebelum diedarkan ke seluruh negara.

Keadaan dalam gudang yang menempatkan daging sejuk beku dipercayai dibawa masuk dari luar negara.
Keadaan dalam gudang yang menempatkan daging sejuk beku dipercayai dibawa masuk dari luar negara.

Disyorkan artikel berkaitan ini: