Sila log masuk terlebih dahulu.

Spanish Fly, silap Spanish, silap Sepanyol

14 Julai 2021 08:40am | Masa membaca: 4 minit
No Image Caption
A
A
A

PADA Isnin lalu, heboh di alam siber tentang berita ucapan Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan kita. Orang pertama yang memberitahu saya tentang Spanish Fly yang disebut oleh Dr Adham ialah isteri saya sendiri, juga seorang doktor perubatan yang senior.

Saya catatkan secara verbatim 22 saat pertama daripada klip video 33 saat ucapan Dr Adham: “Dalam dunia 2.8 million people meninggal dunia kerana Covid, 2.8 million. Spanish Fly, nineteen nineteen, nineteen sixteen, lebih kurang sejuta. Now more than that. It happened for two years Spanish Fly...Spanish, ya, wallahualam...bukan Spanish Fly. Spanish...err (Pak Menteri memegang hidungnya) ...Spanish virus!”

Pertama kali saya bertemu Dr Adham apabila kami diundang sebagai panelis sebuah forum tentang Islam dan nasionalisme dalam Seminar Komemoratif 70 tahun UMNO pada 14 September 2016.

Beliau mewakili UMNO dan saya mewakili Pertubuhan IKRAM Malaysia. Ahli panel ketiga ialah seorang profesor madya dari sebuah universiti awam. Seminar itu berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, tempat kelahiran dan persekolahan saya.

Kami sempat bersalaman dengan dua pupu saya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor ketika itu. Sewaktu forum itu juga, saya menyebut bahawa UMNO semakin akan lemas. Satu sahaja yang boleh menyelamatkannya – hayati Islam yang sebenar dengan penuh keadilan dan amanah.

Semasa kami bersembang ringkas, Dr Adham memberitahu saya tentang rangkaian kliniknya di Johor. Kali kedua dan ketiga saya bertemu Dr Adham ialah sebagai ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental yang dipengerusikannya tahun lalu dan juga tahun ini. Dua mesyuarat sebelumnya telah dipengerusikan oleh sahabat keluarga kami, Menteri Kesihatan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Marilah kita meneliti ucapan Menteri Kesihatan. Saya harap pemimpin kita tidak bercakap dalam bahasa rojak yang menjadi bahasa rosak, campuran bahasa Melayu dan Inggeris yang simpang-siur nahunya.

Pada jam 10 pagi Selasa, 13 Julai lalu, angka sedunia yang terdapat di laman sesawang https://www.worldometers.info/coronavirus/ tentang Covid-19 adalah sebanyak 188,038,930 kes dan 4,055,336 kematian.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Menurut Encyclopaedia Britannica dalam talian yang diakses pada pagi 13 Julai, pandemik Spanish Flu (bukan Spanish virus) ialah dari 1918 hinggalah 1919 - dengan anggaran 25 hingga 50 juta kematian.

Menurut Wikipedia dalam talian, dari Februari 1918 hinggalah April 1920 - menjangkiti 500 juta manusia dan menyebabkan antara 20 hingga 50 juta kematian.

Wujud kesilapan tahun, angka dan virus yang disebut oleh menteri. Kita berbaik sangka. Bukan senang menghafal pelbagai angka dunia. Mungkin beliau keletihan walaupun dibantu oleh dua orang timbalan menteri.

Malaysia pula memerlukan seorang menteri hal ehwal vaksin. Tidak cukup dengan itu, Perdana Menteri memerlukan seorang penasihat khas mengenai kesihatan awam pula, yang kebetulan sahabat keluarga kami. Semuanya mesti digaji.

Spanish Fly ialah lantaran slip of the tongue atau secara harfiah, lidah tergelincir, yakni kesilapan kecil semasa percakapan. Dalam psikologi Barat ada disebut Freudian slip, satu frasa yang dicipta oleh Sigmund Freud. Maksudnya adalah kesilapan yang tidak disengajakan yang menyerlahkan perasaan bawah sedar.

Jangan pula tersilap sebut Spanish Flea atau Spanish Eyes. Kedua-duanya lagu terkenal pada dasawarsa 1960-an dan 1970-an. Yang dahsyat juga ialah Spanish Inquisition.

* Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom ialah aktivis masyarakat dan pakar psikiatri

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Menu Rahmah dan 'sayur omega'
  2. Mari bersahabat dengan hati nurani
  3. Gelombang hijau sukar disekat
  4. Gempa bumi: 'Lari keluar, kemudian naik semula lihat pesakit'
  5. Bukan soal salah guna kuasa