Sila log masuk terlebih dahulu.

Jangan tak pakai pelitup muka di Dewan Rakyat

29 Julai 2021 08:15am | Masa membaca: 4 minit
Gambar yang tular di laman sosial pada Selasa memaparkan Tajuddin telah melanggar SOP PKP dengan tidak memakai pelitup muka di Parlimen.
Gambar yang tular di laman sosial pada Selasa memaparkan Tajuddin telah melanggar SOP PKP dengan tidak memakai pelitup muka di Parlimen.
A
A
A

TERLUPA memakai pelitup muka. Itu alasan seorang ahli Parlimen ketika menghadiri Sidang Mesyuarat Khas Ahli Dewan Rakyat pada 26 Julai lalu.

Susulan itu, satu notis kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Perkara itu disedari pihak polis selepas mengesan hantaran seorang pemilik akaun Twitter yang memaparkan Tajuddin berkenaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) itu pada kira-kira pukul 10 pagi.

Beberapa ahli Parlimen turut dikesan tidak memakai pelitup muka ketika berbahas di dalam Dewan Rakyat secara terang-terangan.

Justeru, Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon memberi peringatan kepada ahli-ahli Parlimen yang mengikuti sesi sidang Dewan Rakyat supaya sentiasa mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka sepanjang berada di sekitar bangunan Parlimen.

Ahli Parlimen juga perlu mematuhi SOP ketat seperti menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif, menjaga penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dua lapis.

Ini bukan soal main-main kerana jangkitan Covid-19 sekarang ini mudah merebak melalui angin terutama varian Delta.

Selain ‘terlupa’ memakai pelitup muka, rakyat turut disajikan dengan gelagat ahli-ahli Parlimen bertengkar, ibarat berada di dalam pasar.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Pada Rabu, sekurang-kurangnya empat lagi kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di kawasan Parlimen.

Perkembangan itu menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memendekkan tempoh persidangan sehingga jam 5.30 petang saja.

Teguran demi teguran telah beberapa kali diutarakan termasuk rakyat jelata melalui rangkaian media sosial, namun ahli Parlimen kita seperti tidak membaca komen netizen.

Sebagai pemimpin, Ahli Parlimen perlu beri contoh kepada rakyat. Sekarang ini sudah ada orang kategorikan komuniti kayangan dan bukan kayangan.

Jadi amat penting bagi semua rakyat memenuhi dan mematuhi semua SOP yang dikenakan secara ketat sekarang ini.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Guna logo bulan tingkat gelombang hijau di Kelantan, Terengganu
  2. Nilai akademik pengalaman kerja
  3. Waktu membangun negara
  4. Mengawasi GLC jadi keutamaan
  5. Politik berasaskan sentimen