Sila log masuk terlebih dahulu.

Mana lagi 3 juta penduduk Malaysia belum daftar

06 Ogos 2021 07:26am | Masa membaca: 4 minit
No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Setelah lebih lima bulan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula, kira-kira tiga juta lagi penduduk Malaysia belum mendaftar sebagai penerima vaksin sekali gus mencetuskan kebimbangan usaha mencapai imuniti kelompok bakal gagal.

Isu tersebut timbul dengan mengambil kira sasaran Malaysia yang mahu mencapai vaksinasi sehingga 80 peratus populasi atau sekitar 24 juta individu menjelang Februari 2022.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 21,050,822 pendaftaran telah direkodkan setakat jam 11 pagi Khamis berbanding sasaran 24 juta yang ditetapkan.

Mengulas perkembangan itu, Pakar Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Am, Hospital Pakar Kasih Cyberjaya, Dr Hanafiah Bashirun berkata, tidak dinafikan sukar untuk mana-mana negara di dunia mencapai 100 peratus imuniti kelompok kerana akan wujud penolakan daripada golongan antivaksin.

Namun, katanya, dengan kewujudan varian Delta yang semakin menjadi strain dominan di seluruh dunia kerana kadar jangkitan yang tinggi, jumlah tiga juta yang belum mendaftar itu tentunya memberi kesan buruk.

“Kes positif Covid-19 akan meningkat disebabkan keingkaran mereka yang tidak divaksin ini.

“Mereka sendiri akan menjadi mangsa varian Delta kerana mereka telah menyumbang kepada kelewatan negara mencapai imuniti kelompok.

“Jadi penting untuk masyarakat dan agensi-agensi segera menggerakkan pendaftaran untuk capai sasaran tersebut khususnya fokus kepada golongan yang mahu divaksin tetapi tidak berkeupayaan mendapat akses tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Dr Hanafiah Bashirun
Dr Hanafiah Bashirun

Sementara itu, bagi Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman, pemberian vaksin secara walk-in perlu diperhebat bagi mengatasi isu golongan yang tidak dapat mendaftar.

“Wujudkan lebih banyak pasukan bergerak dari rumah ke rumah serta liputan ke kawasan pedalaman serta yang sukar ke klinik.

“Selain itu, kerajaan wajar melibatkan semua pengamal perubatan swasta untuk membantu proses pemvaksinan.

“Kompetensi dan fasiliti mereka boleh dilibat sama terutama di negeri-negeri yang tidak mempunyai kemudahan dewan besar sebagai PPV (pusat pemberian vaksin),” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan kira-kira 45.8 peratus atau hampir 15 juta daripada populasi Malaysia sudah menerima suntikan dos pertama setakat Rabu lalu.Sebanyak 23.6 peratus atau lebih 7.7 juta penduduk lagi telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 dalam tempoh yang sama.

Malina Osman
Malina Osman

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Penjenamaan semula NAM
  2. Keperluan PRU15 di musim banjir?
  3. PRU15: DAP bakal tonjol lebih ramai calon Melayu
  4. Kos PRU15 lebih RM1.5 bilion
  5. Mengapa MB Johor tidak contohi keterbukaan kerajaan pusat: Nie Ching