Sila log masuk terlebih dahulu.

Najib tidak mahu Pengampunan Diraja

13 Ogos 2021 04:46pm | Masa membaca: 4 minit
Najib meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas perbicaraan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Khamis. - FOTO: BERNAMA
Najib meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas perbicaraan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Khamis. - FOTO: BERNAMA
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak memerlukan Pengampunan Diraja sebaliknya mahu menjadikan mahkamah sebagai tempat untuk membersihkan segala tuduhan yang dihadapi.

Kenyataan Najib itu hadir selepas Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi memohon Pengampunan Diraja diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu, sekali gus melantiknya sebagai Perdana Menteri Interim pada Jumaat.

“Saya mahu kes-kes saya melalui proses perbicaraan dan perundangan yang adil dan telus sebab ia satu-satunya cara untuk bersihkan nama saya sepenuhnya.

“Saya tidak mahu kes saya digugurkan begitu sahaja dan saya tidak mahu apa-apa campurtangan politik. Saya amat yakin saya tidak bersalah. Sebab itu apa perlunya saya diampun sekiranya saya tak salah? Berani kerana benar,” katanya melalui kenyataan di Facebooknya pada Rabu.

Najib turut menafikan ada berhubung dengan PSUAM dan tidak diberitahu mengenai petisyen memohon Pengampunan Diraja berkenaan.

Pada 7 Julai 2020 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Beliau ketika ini sedang mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung sabitan kes berhubung keputusan tersebut.

Najib juga berdepan perbicaraan lain melibatkan dana 1MDB Bhd, pertuduhan meminda laporan audit berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain tuntutan cukai RM1.69 billion daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Presiden PSUAM, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz selepas menghantar memorandum berkenaan menjelaskan, pelantikan Ahli Parlimen Pekan itu menepati kriteria sebagai Perdana Menteri Interim untuk menyelamatkan negara dari kemelut politik dan pandemik ketika ini.

"Bagi saya beliau mempunyai dua kriteria, mempunyai kepercayaan daripada Tuanku dan pengalaman beliau sebagai bekas perdana menteri untuk mentadbir negara.

"Saya lihat kebanyakan rakyat ingin beliau kembali mentadbir negara. Jika mungkin di mata Tuanku ada kekhilafan yang berlaku saya mohon ia dapat dimaafkan," katanya.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. [INFOGRAFIK] ‘Negara muflis’
  2. 'Puad tak perlu cari glamor murahan'
  3. Jaga seluar jangan sampai terlondeh!
  4. Di mana gagalnya Muhyiddin?
  5. JPP tak manipulasi keputusan pemilihan PKR