Sila log masuk terlebih dahulu.

PM paling lama dan paling sekejap memerintah

20 Ogos 2021 07:09pm | Masa membaca: 4 minit
Dari kiri; Marin, Vajpayee, Hun Sen dan Rajapaksa.
Dari kiri; Marin, Vajpayee, Hun Sen dan Rajapaksa.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos lalu menyaksikan beliau sebagai Perdana Menteri (PM) yang memiliki tempoh pemerintahan paling sekejap di Malaysia setakat ini.

Bagaimanapun, beliau bukanlah satu-satunya PM di dunia ini yang memiliki tempoh pemerintahan paling pendek.

Terdapat ramai lagi individu yang pernah mencipta sejarah sebagai PM yang memiliki tempoh pemerintahan paling singkat di dunia.

Antaranya ialah Donald Sangster dari Jamaica, John Turner (Kanada), Arthur Fadden (Autralia) dan George Canning (Britain).

Mereka tidak dapat menjawat posisi tersebut dalam tempoh yang lama kerana masalah seperti tidak mendapat sokongan, mati dibunuh atau komplikasi penyakit kronik.

Namun, fokus Sinar Premium tidak hanya tertumpu kepada PM yang paling sekejap memerintah, malah turut tertumpu kepada PM yang paling lama, tua dan muda memerintah sesebuah negara.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Di Malaysia, Muhyiddin merupakan PM paling sekejap memerintah manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula merupakan PM paling tua dan lama memerintah negara ini.

Muhyiddin yang mengangkat sumpah sebagai PM kelapan pada 1 Mac 2020 memerintah Malaysia di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama 17 bulan.

Sementara Dr Mahathir yang kini berusia 96 tahun pula memerintah Malaysia sejak 1981 sehingga 2003 sebagai PM keempat di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketika berusia 93 tahun, Dr Mahathir dilantik buat kali kedua sebagai PM ketujuh apabila Pakatan Harapan (PH) yang diterajuinya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu meletakkan jawatan selepas 22 bulan PH mentadbir Malaysia.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Biden terlanjur kata dasar luar Amerika
  2. Pendedahan partisipasi politik belia
  3. Bazir duit dan masa atas jalan
  4. Kura-kura eksotik sampai RM2,000
  5. Padi IS21 tangani ancaman kebuluran