[MULTIMEDIA] Hari ini, genap 64 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan sebagai sebuah negara berdaulat yang bebas daripada belenggu kuasa asing.
Kebebasan yang dikecap bumi bertuah ini merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya dan boleh disifatkan sebagai hadiah amat bermakna buat sekalian rakyat.
Bagaimanapun, kebebasan dan kemakmuran dikecap selama lebih enam dasawarsa itu ada harganya.
Ia tidak diperoleh dengan mudah, sebaliknya dibayar dengan darah, keringat dan perjuangan tanpa henti sehingga mengorbankan banyak nyawa.
Justeru, penting menghargai dan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi agar negara tidak kembali semula ke kancah penderitaan.